Utusan Borneo (Sarawak)

30 orang sertai program ‘Juh Ronda 2021’

-

KUCHING: Seramai 30 orang menyertai program ‘Juh Ronda 2021’ anjuran Skim Rondaan Sukarela (SRS) Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Jalan Haji Babel di sini, kelmarin.

Program itu turut mendapat kerjasama Unit Rondaan Bermotosik­al (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching, Balai Polis Gita dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Bahagian Kuching.

Pengerusi KRT Jalan Haji Babel Awang Iman Awang Jaya berkata, program berkenaan dimulakan setelah kerajaan memberi kelulusan kepada SRS KRT untuk melakukan rondaan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pada Mac lepas.

“SRS mampu membendung aktiviti jenayah, menyatukan penduduk sekali gus mewujudkan rasa selamat di KRT ini.

“Oleh itu, rondaan perlu dilakukan dengan kerap dengan pematuhan pada SOP,” katanya dalam kenyataan semalam.

Sehubungan itu, beliau harap objektif program itu untuk membina kerjasama antara SRS KRT bersama wakil rakyat dan penduduk akan tercapai.

Untuk rekod katanya, KRT Jalan Haji Babel ditubuhkan pada Oktober 2018 dengan lebih kurang 200 penduduk disertai 20 ahli SRS berdaftar.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: KRT Jalan Haji Babel bersama warga polis dan JPNIN merakam kenangan.
UNTUK ALBUM: KRT Jalan Haji Babel bersama warga polis dan JPNIN merakam kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia