Utusan Borneo (Sarawak)

Operasi SJR di bulatan Pradom, Sibu tugas rutin anggota keselamata­n

-

SIBU: Operasi sekatan jalan raya (SJR) yang diadakan di bulatan Pradom, Sibu susulan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) merupakan tugas rutin anggota keselamata­n.

Ketua Polis Daerah Sibu

ACP Stanley Johnathan Ringgit mengulas gambar kenderaan berbaris panjang di lokasi berkenaan yang dilaporkan tular di media sosial semalam.

Katanya, SJR di daerah ini sentiasa diperkemas dan diperketat­kan bagi memastikan rakyat mematuhi PKPB yang dilaksanak­an untuk memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19.

“Tiada yang pelik kereta berbaris panjang. Mungkin kebetulan hari ini adalah hari Isnin,” katanya semasa dihubungi.

Terdahulu, pada gambar tersebut kenderaan dilihat berbaris panjang untuk melalui SJR yang diadakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sibu dengan dibantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Kumpulan petugas barisan hadapan itu didakwa melakukan kawalan lebih ketat dengan memeriksa semua kenderaan yang menghala masuk ke pusat bandar.

Pada 26 Mac lalu, Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN)

Sarawak mengambil keputusan melanjutka­n PKPB hingga jam 11.59 malam 12 April.

Keputusan melanjutka­n PKPB yang sepatutnya berakhir 29 Mac dibuat apabila mendapati kes positif di Sarawak masih tinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia