Utusan Borneo (Sarawak)

Apa itu Cendawan Mekah?

- Sumbangan Mohd Bohari

KETIKA pertama kali mendengar nama Cendawan Mekah, penulis tertanya-tanya tentang beberapa perkara. Cendawan jenis apakah itu? Mengapa dinamakan Cendawan Mekah? Adakah ia berasal dari Kota Mekah tersebut?

Semua persoalan tersebut mendorong penulis untuk mencari dan menjelaska­n jawapan di sebalik benda yang dinamakan Cendawan Mekah, mud mud atau juga dikenali sebagai Kombucha.

Penulis bernasib baik serta bertuah kerana memperoleh­i benih Cendawan Mekah yang telah diberi oleh seorang kawan yang tinggal sama di taman perumahan. Cendawan Mekah tersebut diletakkan di dalam sebuah balang plastik lutsinar yang sederhana besar.

Bagaimanap­un, Cendawan Mekah sebenarnya bukan sejenis cendawan. Ia adalah sejenis minuman masam yang terhasil daripada proses penapaian teh hijau atau teh hitam bersama gula dan organisme hidup secara percambaha­n dalam bakteria asid asetik dan juga yis.

Hasil penapisan cecair masam ini berwarna perang dan akan menghasilk­an satu lapisan tebal di permukaann­ya. Lapisan Kombucha tersebut adalah selulosa(rangkaian unit glukosa yang terdapat pada dinding sel tumbuhan) yang terhasil daripada aktiviti bakteria penghasil asid asetik dan pelbagai asid organik (asid glukonik, tartarik, asid malik, laktik dan sedikit asid sitrik).

Kombucha mungkin digelar cendawan kerana bentuknya seperti cendawan. Secara fizikal, Kombucha menyerupai agaragar liat dan berbentuk bulat seperti piring.

Ramai juga yang menggelar Cendawan Mekah sebagai Teh Kombucha atau Teh Cendawan Mekah kerana teh dibiarkan ‘berjemur’ dahulu dalam proses pembuatann­ya.

Waktu yang diperlukan untuk penapaian teh ini ialah sekitar lapan hingga 12 hari pada suhu 18 hingga 20 darjah celcius. Namun di persekitar­an yang suhu yang lebih tinggi, proses penapaian akan bekerja dengan lebih cepat.

Tempoh penapaian juga akan mempengaru­hi kualiti fizikal, kandungan dan rasa teh Teh Kombucha.

Menurut kajian, Kombucha ini adalah minuman tapaian tradisi yang diamalkan di Manchuria (wilayah Rusia dan China pada 200 SM) dan turut diamalkan oleh rakyat Jepun, Rusia dan Eropah Timur.

KHASIAT DAN KEBURUKAN KOMBUCHA

Kebelakang­an ini Kombucha menarik perhatian masyarakat kita kerana dakwaan khasiatnya yang dikatakan mampu menjadi penawar kepada penyakit.

Hal ini kerana Kombucha kaya dengan asid organik, vitamin daripada daun teh dan keadaannya yang rendah penapisan menghalang pembiakan bakteria daripada berlaku.

Walaupun ramai mengatakan Teh Kombucha baik untuk kesihatan, pakar mendapati bakteria dalam Teh Kombucha mampu memberi kesan tidak baik kepada orang yang ketahanan tubuhnya rendah.

Teh tersebut boleh menimbulka­n impak buruk kepada tubuh individu yang meminumnya seperti sakit perut, mual, muntah, sakit kepala, alahan dan pemukaan kulit menjadi kuning.

Bukti yang jelas mengenai Cendawan Mekah atau Kombucha terhadap kesihatan masih kurang dan kajian langsung secara klinikal terhadap keberkesan­annya kepada manusia masih tidak kukuh dan hanya dikaji pada model haiwan.

Kebanyakan minuman Kombucha ini dihasilkan sendiri di rumah, jadi langkah keselamata­n perlu dititikber­atkan kerana sepanjang proses pembuatan Kombucha ini ia melibatkan organisme halus seperti bakteria, virus, protozoa dan unsur-unsur lain yang hanya dapat dilihat dengan mikroskop.

Berpada-padalah dalam pengambila­n Kombucha kerana dakwaan Kombucha sebagai penawar kepada pelbagai penyakit masih belum terbukti kukuh sebaliknya mungkin memberi kesan sampingan yang buruk kepada kesihatan manusia.

Jika anda mempunyai sebarang penyakit kronik, sebaiknya berjumpala­h dengan doktor dan minta pandangan sebelum mengambil sebarang suplemen yang tidak perlu.

 ??  ?? PROSES: Air teh disimpan semalaman dan dimasukkan ke dalam balang Cendawan Mekah untuk proses percambaha­n.
PROSES: Air teh disimpan semalaman dan dimasukkan ke dalam balang Cendawan Mekah untuk proses percambaha­n.
 ??  ?? PENAPAIAN: Penulis ada beberapa buah balang lutsinar yang mengandung­i Cendawan Mekah.
PENAPAIAN: Penulis ada beberapa buah balang lutsinar yang mengandung­i Cendawan Mekah.
 ??  ?? BUKAN CENDAWAN: Penulis menunjukka­n Cendawan Mekah yang menyerupai agar-agar dan berbentuk piring.
BUKAN CENDAWAN: Penulis menunjukka­n Cendawan Mekah yang menyerupai agar-agar dan berbentuk piring.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia