Utusan Borneo (Sarawak)

COVID-19: 20 kluster sektor pendidikan direkodkan

-

PUTRAJAYA: Sebanyak 20 kluster sektor pendidikan direkodkan di negara ini sejak 20 Mac hingga kelmarin, dengan jumlah paling ramai dijangkiti COVID-19 melibatkan kluster Paloh Rambai di Kelantan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Menurutnya, kluster Paloh Rambai itu melibatkan guru dari pelbagai sekolah antaranya Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Ketereh, SK Kok Lanas, SK Pangkal Kalong dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kok Lanas.

Sehingga 25 Mac 2021, sejumlah 347 individu telah disaring dan 20 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster Paloh Rambai.

Dalam sidang media mengenai perkembang­an Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di sini semalam bersama Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin, Dr Adham berkata terdapat juga kluster pendidikan direkodkan di Johor, Sabah, Negeri Sembilan dan Sarawak.

“Jangkitan COVID-19 ini (kluster sektor pendidikan) berlaku melalui rakan sekerja atau kontak sosial,” katanya.

Sesi persekolah­an secara bersemuka yang ditangguhk­an sebelum ini susulan peningkata­n kes COVID-19 dibuka semula secara berperingk­at mulai 1 Mac lepas.

“Pematuhan SOP (prosedur operasi standard) dan amalan norma baharu, bukan hanya perlu dilakukan di sekolah tetapi juga semasa berada di luar sekolah, dalam komuniti dan lain-lain,” kata Dr Adham.

Mengulas lanjut, Dr Adham berkata apabila kes COVID-19 dikesan di sekolah, petugas Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) akan hadir bagi membuat penilaian risiko dan penilaian kesihatan seterusnya menasihatk­an sama ada sekolah ditutup atau sebaliknya.

“Pasukan kesihatan akan digerakkan untuk membuat siasatan kes atau kluster, pengesanan kes dan kontak, menyelia pihak sekolah dalam menjalanka­n pembersiha­n dan disinfeksi.

“Pihak PKD akan membuat penilaian risiko dan kesihatan secara menyeluruh bagi memastikan pengurusan kes dan kluster dapat dijalankan dengan sebaik mungkin,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? CARTA COVID-19: Dr Adham Baba ketika sidang media mengenai perkembang­an Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan selepas mesyuarat Jawatankua­sa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) di Kompleks F semalam.
— Gambar Bernama CARTA COVID-19: Dr Adham Baba ketika sidang media mengenai perkembang­an Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan selepas mesyuarat Jawatankua­sa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) di Kompleks F semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia