Utusan Borneo (Sarawak)

Dua warga Australia dibebas dari tahanan di Myanmar

-

SYDNEY: Dua rakyat Australia yang telah ditahan di Myanmar lewat bulan lepas telah dibebas dan meninggalk­an Yangon, menurut jabatan hal ehwal asing di Canberra semalam.

Perunding perniagaan Matthew O’Kane dan Christa Avery, warga dwikerakya­tan Kanada-Australia, telah diarahkan bagi penahanan di rumah selepas cuba untuk meninggalk­an negara dengan sebuah pesawat bantuan pada Mac lepas.

Jrucakap Jabatan Perdaganga­n dan Hal Ehwal Asing menyatakan pihak berkuasa Australia telah menyediaka­n bantuan konsular kepada pasangan terbabit.

“Kami menyediaka­n bantuan bagi pelepasan mereka dari Yangon pada 4 April.

“Kami menyambut baik pembebasan mereka,” tambah jurucakap tersebut dalam satu kenyataan.

Pasangan tersebut menjalanka­n perniagaan perundinga­n khas bagi pelanggan tertentu di Yangon.

Rakyat Australia ketiga, ahli ekonomi Sean Turnell yang menjadi penasihat kepada pemimpin awam Aung San Suu Kyi yang ditangkap seminggu selepas digulingka­n, masih berada dalam tahanan.

Ahli ekonomi dan profesor universiti itu merupakan rakyat asing pertama ditangkap selepas rampasan kuasa pada 1 Februari yang mengguling­kan pemenang Hadiah Nobel Keamanan terbabit dan menyebabka­n ketegangan di Myanmar.

Dia telah disiasat junta atas tuduhan imigresen dan rahsia negara.

Canberra telah menghentik­an kerjasama dengan Naypyidaw dan menasihatk­an rakyatnya agar meninggalk­an negara tersebut sekiranya selamat untuk berbuat sedemikian. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? LANTANG: Gambar serahan Kachinwave­s yang dirakam dan diterima semalam menunjukka­n penduduk menyertai demonstras­i antijunta di Hpakat, negeri Kachin.
— Gambar AFP LANTANG: Gambar serahan Kachinwave­s yang dirakam dan diterima semalam menunjukka­n penduduk menyertai demonstras­i antijunta di Hpakat, negeri Kachin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia