Utusan Borneo (Sarawak)

Banjir kilat ragut lebih 79 nyawa di Indonesia, Timor Timur

-

JAKARTA: Lebih 70 maut dan puluhan lagi masih hilang selepas banjir kilat dan tanah runtuh melanda Indonesia serta negara jiran Timor Timur, menurut pihak berkuasa semalam.

“Sejumlah 55 kematian dicatatkan namun jumlah tersbeut dijangka berubah memandangk­an kira-kira 42 orang lagi masih hilang,” jurucakap agensi pengurusan bencana Indonesia Raditya Djati memberitah­u badan penyiaran MetroTV.

Sekurang-kurangnya 16 maut di Timor Timur, menurut pegawai di negara kepulauan kecil itu yang terletak antara Indonesia dan Australia.

Banjir yang berpunca daripada hujan lebat itu menimbulka­n kekecohan dan kemusnahan di beberapa pulau di sepanjang Flores di Indonesia ke Timor Timur, menyebabka­n ribuan penduduk melarikan diri ke tempat perlindung­an.

Banjir dan tanah runtuh yang menyusul menyebabka­n beberapa empangan melimpah, menenggela­mkan ribuan rumah dan menyebabka­n para pekerja penyelamat sukar menghampir­i mangsa yang terperangk­ap.

Kejadian tanah runtuh maut dan banjir kilat biasa berlaku di sekitar kepulauan Asia Tenggara ketika musim hujan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DAHSYAT: Kemusnahan dapat disaksikan di bandar Adonara di Flores Timur, kelmarin selepas bencana tersebut yang membadai wilayah timur Indonesia dan negara jirannya Timor Timur.
— Gambar AFP DAHSYAT: Kemusnahan dapat disaksikan di bandar Adonara di Flores Timur, kelmarin selepas bencana tersebut yang membadai wilayah timur Indonesia dan negara jirannya Timor Timur.
 ?? — Gambar AFP ?? TERSELAMAT: Seorang nenek dan cucunya meredah air banjir di hadapan rumah mereka yang musnah di kampung Haitimuk, Flores Timur kelmarin.
— Gambar AFP TERSELAMAT: Seorang nenek dan cucunya meredah air banjir di hadapan rumah mereka yang musnah di kampung Haitimuk, Flores Timur kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia