Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga lelaki ditahan disyaki terlibat curi elektrik untuk melombong bitcoin di Seremban 2

-

SEREMBAN: Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam sindiket mencuri elektrik untuk melombong bitcoin selepas menyerbu tiga premis di sekitar Seremban 2 di sini kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Supt Mohd Rosli Ishak berkata dalam operasi jam 2 petang kelmarin dijalankan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah

Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban turut merampas mesin, peralatan dan kenderaan yang dianggarka­n bernilai RM600,000.

“Dalam serbuan itu juga, sebanyak 300 unit mesin perlombong­an bitcoin selain beberapa barangan termasuk tiga monitor, tiga Unit Pemprosesa­n Pusat (CPU) serta sebuah kenderaan dirampas,” katanya dalam kenyataan malam kelmarin.

Beliau berkata Tenaga Nasional Berhad mengalami kerugian sebanyak RM75,000 sebulan susulan aktiviti mencuri elektrik untuk melombong bitcoin di tiga premis terbabit.

Kes disiasat di bawah Seksyen 427 dan 379 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut masih diteruskan, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia