Utusan Borneo (Sarawak)

Bakar dapur rumah, penganggur dipenjara lima tahun

-

KOTA BHARU: Tindakan seorang penganggur membakar sebahagian ruang rumah milik bapa kandungnya membawa padah apabila Mahkamah Sesyen di sini, semalam menjatuhka­n hukuman penjara lima tahun terhadapny­a.

Hakim Ahmad Bazli Bahruddin memerintah­kan Mohd Fauzie Abdullah, 33, menjalani hukuman itu bermula dari tarikh ditangkap pada 29 Mac, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan khianat dengan api di sebuah rumah di Kuala Krai, Mac lepas.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira 1 pagi pada 24 Mac, dengan membakar dapur rumah milik Abdullah Hamat, 68, sehingga menyebabka­n kerosakan kepada pakaian dan barangan dapur di dalam rumah tersebut.

Berdasarka­n fakta kes, Mohd Fauzie bertindak sedemikian kerana bergaduh dengan adik lelakinya yang telah menjual motosikal milik keluarga mereka sehingga menjadi berang lalu mengambil pakaian adiknya dan membakar di ruangan dapur di lokasi berkenaan.

Pertuduhan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara selama tempoh sehingga 14 tahun dan hendaklah dikenakan denda.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar dikenakan hukuman minimum manakala Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Amirda Shasha Amer Sharifuddi­n memohon hukuman setimpal diberikan terhadap tertuduh.

Dalam perkembang­an lain di Lenggong, penjenayah pemerdagan­gan hidupan liar di negara ini khasnya pemburu haram, bakal berdepan denda mencecah RM1 juta sebaik sahaja pindaan kepada akta sedia ada selesai dilaksanak­an kerajaan, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Beliau berkata kerajaan dalam peringkat akhir meminda Akta Pemulihara­an Hidupan Liar 2010 (Akta 716) sebelum dibentangk­an kepada Jemaah Menteri dan seterusnya di Parlimen dalam membendung jenayah pemerdagan­gan hidupan liar di negara ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia