Utusan Borneo (Sarawak)

MAFI cadang hasilkan varieti beras wangi baharu untuk tingkatkan sara hidup pesawah

-

PASIR PUTEH: Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bercadang membangunk­an lebih banyak varieti beras wangi tempatan yang lebih berkualiti dalam usaha meningkatk­an pendapatan golongan petani.

Timbalan Menteri Pertanian II Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata usaha itu memerlukan penglibata­n pelbagai agensi termasuk Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian (MARDI) untuk menghasilk­an benih padi baharu dan memastikan tahap sara diri pesawah dapat dicapai sehingga 75 peratus seperti digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke12 (RMK12) bagi industri padi.

“Kerajaan sedia membantu meningkatk­an pengeluara­n beras wangi tempatan dengan menyalurka­n pelbagai bantuan subsidi dan insentif sebagaiman­a yang dinikmati pesawah lain di seluruh negara,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n produk beras wangi Kelantan yang diusahakan pesawah tempatan di Pusat Belian Padi Jelapang Timur Enterprise, Banir Belikong, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Che Abdullah berkata pengguna kini hanya mengenali beras wangi import dari negara jiran dan mereka seharusnya menukar selera dengan memilih produk tempatan yang setanding kualitinya, malah terhasil daripada penyelidik­an yang memanfaatk­an kesihatan.

Justeru itu, katanya MAFI akan memperluas­kan tanaman padi wangi daripada keseluruha­n kawasan jelapang termasuk di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dan Kawasan Pembanguna­n Pertanian Bersepadu (IADA).

“Ketika ini, anggaran import beras wangi adalah sebanyak 40 peratus daripada jumlah import beras secara keseluruha­n dan MAFI amat menggalakk­an pesawah tempatan untuk menanam padi wangi yang bernilai tinggi bagi memenuhi keperluan domestik,” tambahnya.

Beliau berkata varieti benih padi wangi MRQ 76 mendapat sambutan menggalakk­an dalam kalangan pesawah kerana ia mampu menghasilk­an sekitar lima tan padi sehektar dengan harga belian RM1,500 setiap satu tan.

Sementara itu, Che Abdullah berkata usaha kerajaan negeri untuk meningkatk­an pengeluara­n beras wangi menerusi anak syarikatny­a Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB) dengan usaha sama Syarikat Kumpulan Mihoda dari Kedah amat digalakkan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia