Utusan Borneo (Sarawak)

Garis panduan Program Vaksinasi Lestari dilancar

-

PUTRAJAYA: Garis panduan Program Vaksinasi Lestari dilancarka­n semalam berhubung tatacara pengurusan bahan buangan klinikal dan pembudayaa­n amalan hijau sepanjang pelaksanaa­n Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata garis panduan dalam naskhah 12 muka surat itu disediakan untuk Pusat Pemberian

Vaksin (PPV), petugas di PPV, vendor, penyumbang serta penerima vaksin.

Menurutnya, jumlah sisa klinikal tertinggi direkodkan adalah sebanyak 4,082 tan metrik pada Januari lepas dan pelaksanaa­n Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang bermula 24 Feb akan menambahka­n kuantiti sisa klinikal.

“KASA (Kementeria­n Alam Sekitar dan Air) menganggar­kan pertambaha­n sebanyak 2,100 tan metrik sisa klinikal dihasilkan dalam tempoh 12 bulan pelaksanaa­n program imunisasi,” katanya pada sidang media selepas melancarka­n buku garis panduan itu, di sini semalam.

Merujuk sisa klinikal seperti plaster, picagari dan jarum, sarung tangan getah, vaksin tamat tempoh atau vaksin yang telah tercemar, Tuan Ibrahim berkata ia perlu diuruskan oleh syarikat yang dilesenkan Jabatan Alam Sekitar (JAS). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia