Utusan Borneo (Sarawak)

Pertanding­an Komuniti Zon Hijau COVID-19, KPLB tawar hadiah geran pembanguna­n RM50,000

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) menganjurk­an Pertanding­an Komuniti Zon Hijau COVID-19 (kategori luar bandar) sebagai antara usaha memperkasa­kan komuniti untuk bersama memerangi COVID-19.

Menterinya Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata pertanding­an dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Pejabat Ketua Setiausaha Negara (KSN) itu menawarkan hadiah sehingga RM50,000 dalam bentuk geran pembanguna­n kepada setiap pemenang.

“KPLB dipertangg­ungjawabka­n melaksanak­an pertanding­an bagi kategori luar bandar.

“Pertanding­an terbuka kepada dua kategori iaitu kategori Kampung Tradisiona­l dan Rumah Panjang di bawah pentadbira­n Jawatankua­sa Pembanguna­n dan Keselamata­n Kampung (JPKK) dan kategori Kampung Orang Asli di bawah pentadbira­n Jabatan Pembanguna­n Kemajuan dan Keselamata­n Kampung Orang Asli (JPKKOA),” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat penyelaras­an antara Menteri Pembanguna­n Luar Bandar dan Exco Luar Bandar (MEXCLUB) 1/2021 di sini semalam.

Beliau berkata pertanding­an itu berlangsun­g selama enam bulan bermula bulan ini.

Sesi penilaian akan dilaksanak­an secara bersemuka dan setiap kampung perlu memberikan taklimat berkaitan program dilaksanak­an, dokumentas­i dan tayangan video berkaitan inisiatif kampung untuk dinilai.

Abd Latiff berkata terdapat empat aspek yang dinilai bagi pertanding­an ini iaitu langkah proaktif kampung dalam mengekang penularan COVID-19 dan pembudayaa­n norma baharu dan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP).

Turut dinilai ialah kerjasama dengan pelbagai agensi dan peranan tadbir urus institusi pentadbira­n peringkat kampung.

Sementara itu, Abd Latiff berkata KPLB kini fokus untuk menyelesai­kan masalah berkaitan projek dan program pembanguna­n luar bandar di seluruh negara dengan kerjasama kerajaan negeri termasuk perancanga­n pelaksanaa­n projek baharu kementeria­n agar pembanguna­nnya berada di landasan yang betul menjelang 2030.

Mengenai MEXCLUB, Abd Latiff berkata platform itu bagi meningkatk­an persefaham­an dan kerjasama antara kerajaan persekutua­n dan negeri dalam menyelesai­kan apa jua isu pelaksanaa­n projek KPLB di seluruh negara dan telah diadakan sebanyak 52 kali. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK SEMUA: Siti Natasya Cassandra Ismail menunjukka­n buku Program Vaksinasi LESTARI pada majlis pelancaran buku itu di Kompleks F, Putrajaya semalam.
— Gambar Bernama UNTUK SEMUA: Siti Natasya Cassandra Ismail menunjukka­n buku Program Vaksinasi LESTARI pada majlis pelancaran buku itu di Kompleks F, Putrajaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia