Utusan Borneo (Sarawak)

Kes COVID turun kepada 1,070 kes, tujuh kematian dilapor semalam

-

KUALA LUMPUR: Kes baharu COVID-19 di Malaysia mencatatka­n penurunan dalam tempoh 24 jam lepas, dengan 1,070 kes berbanding 1,349 kelmarin, selain tujuh kematian dilapor semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembang­an terbaharu itu menjadikan kes terkumpul positif COVID-19 di negara ini berjumlah 352,029 dengan kes aktif sebanyak 14,278.

Beliau berkata daripada jumlah kes baharu itu, sembilan adalah kes import manakala 1,061 kes melibatkan penularan dalam negara.

“Kes import melibatkan lima bukan warganegar­a dan empat warganegar­a, manakala kes tempatan pula membabitka­n 904 warganegar­a dan 157 bukan warganegar­a. “Kes sembuh harian pula mencatat 1,294 kes, menjadikan jumlah keseluruha­n pesakit yang sembuh setakat hari ini sebanyak 336,456 kes,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembang­an COVID-19 semalam.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata sebanyak 180 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 89 daripadany­a memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Kesemua kematian dilapor melibatkan warganegar­a yang membawa kepada jumlah kumulatif sebanyak 1,295 kematian,” katanya.

Beliau berkata Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi sebanyak 327 kes, diikuti Sarawak 225 kes dan Pulau Pinang 133 kes. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia