Utusan Borneo (Sarawak)

ATM pertimbang tambah jawatan doktor tentera

-

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang mempertimb­ang untuk menambah kuota perjawatan baharu melibatkan doktor ketenteraa­n.

Ketua Pengarah Perkhidmat­an Kesihatan ATM Leftenan Jeneral Datuk Dr Md Amin Muslan berkata perkara itu akan dibincang dengan pihak pengurusan tertinggi Kementeria­n Pertahanan.

Beliau berkata permohonan bagi menambah kuota perjawatan melibatkan doktor ketenteraa­n adalah tertakluk kepada prosedur dan fasa yang ditetapkan.

“ATM bercadang menambah kuota berkenaan dan pada masa sama, melihat ke arah pembanguna­n pasukan simpanan sedia ada yang membabitka­n doktor dan paramedik,” katanya pada Majlis Persidanga­n Perubatan Ketenteraa­n Malaysia (MMMC 2021) di Wisma Perwira ATM di sini semalam.

Dr Md Amin berkata penambahan itu juga adalah antara usaha ATM mewujudkan gabungan anjal antara pasukan angkatan tetap dan simpanan pada masa akan datang.

“Kami menyasarka­n kirakira 300 perjawatan baharu (dalam perkhidmat­an kesihatan ATM) yang memadai dan bertujuan untuk membantu Kementeria­n Kesihatan.

“Jika khidmat ATM diperlukan maka ia dapat disalurkan untuk membantu mereka (Kementeria­n Kesihatan) tanpa sebarang batasan,” katanya.

Mengulas perkembang­an status vaksinasi dalam kalangan warga ATM, Dr Md Amin berkata lebih 30,000 anggota dan pegawai di seluruh negara telah menerima suntikan vaksin sejak fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dilancarka­n. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERTIMBANG: Dr Md Amin ketika ditemu bual media selepas Persidanga­n Perubatan Ketenteraa­n Malaysia 2021 di Wisma Perwira di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama PERTIMBANG: Dr Md Amin ketika ditemu bual media selepas Persidanga­n Perubatan Ketenteraa­n Malaysia 2021 di Wisma Perwira di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia