Utusan Borneo (Sarawak)

Perlumbaan mengecewak­an

Morbidelli, Valentino Rossi menamatkan Grand Prix (GP) Doha di kedudukan ke-12 dan ke-16

-

Rentak jentera saya tidak begitu teruk, tetapi tidak cukup untuk kekal dalam kumpulan terutama dalam pusingan pertama. Saya fikir saya dapat kekal dalam kumpulan di hadapan, tetapi tidak berkeupaya­an untuk

” melakukann­ya.

KUALA LUMPUR: Satu lagi malam yang sukar di Qatar bagi pelumba MotoGP, PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team Franco Morbidelli dan Valentino Rossi, yang menamatkan Grand Prix (GP) Doha di kedudukan ke-12 dan ke-16 malam kelmarin.

Ini adalah kali kedua daripada dua perlumbaan berturut-turut di Litar Antarabang­sa Losail selepas perlumbaan pertama hujung minggu lalu pada musim 2021 yang menyaksika­n Morbidelli dan Rossi, masing-masing menamatkan perlumbaan di tempat ke-12 dan ke-18.

Selepas bermula di petak ke-10 dalam perlumbaan MotoGP 22 pusingan, Morbidelli terhimpit dalam kumpulan itu dan berakhir di kedudukan ke-13 pada akhir pusingan pembukaan.

Walaupun berusaha keras untuk mendahului lawan dalam perlumbaan itu, pelumba Itali tersebut tidak dapat berbuat apa-apa kerana keadaan tayarnya.

“Saya tidak dapat membuktika­n kemampuan kerana masalah tayar dan terpaksa

Valentino Rossi

Pelumba MotoGP, PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team

bertarung dari kedudukan ke-10 bermakna saya tidak mampu memanfaatk­an potensi yang saya ada pada permulaan perlumbaan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Rakan sepasukan Morbidelli, Rossi juga menghadapi masalah yang sama, berdepan permulaan yang sukar dalam perlumbaan itu.

Walaupun beliau berpeluang memperoleh tempat ketiga bagi belok pertama, namun ia tidak lama, pelumba Itali itu kembali ke posisi asalnya, di kedudukan ke-21.

Selepas gagal menempatka­n dirinya di hadapan untuk bersaing dengan lawannya dalam separuh masa pertama perlumbaan, Rossi kemudian mendapat semangat baharu pada peringkat penutup, mara ke tempat ke-16 pada tiga pusingan terakhir dan mengekalka­n posisi ini hingga ke garisan penamat.

“Rentak jentera saya tidak begitu teruk, tetapi tidak cukup untuk kekal dalam kumpulan terutama dalam pusingan pertama. Saya fikir saya dapat kekal dalam kumpulan di hadapan, tetapi tidak berkeupaya­an untuk melakukann­ya,” kata Rossi.

Pelumba Monster Energy,

Fabio Quartararo memenangi perlumbaan itu manakala pelumba Pramac Racing, Johann Zarco dan Jorge Martin masing-masing menamatkan perlumbaan di tempat kedua dan ketiga.

Pelumba Moto2 Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah mengharung­i satu lagi perlumbaan yang tidak memberangs­angkan selepas menduduki di tempat ke21 manakala dalam aksi Moto3, pelumba PETRONAS Sprinta Racing, Darryn Binder memperoleh satu lagi penamat podium, muncul di tempat kedua di belakang Pedro Acosta dari Red Bull

KTM Ajo . Niccolo Antonelli dari pasukan Avintia Esponsoram­a Racing raih tempat ketiga.

Pelumba kini berehat dalam tempoh singkat sebelum kembali beraksi sempena GP Portugal di Litar Antarabang­sa Algarve dari 16-18 April. — Bernama

 ??  ?? ROSSI
ROSSI
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia