Utusan Borneo (Sarawak)

Anderson rangkul kejuaraan Megalanes Sarawak 8-Pin Tap MQ Special 2021

-

KUCHING: Seramai 36 peserta berentap dalam aksi final Megalanes Sarawak 8Pin Tap MQ Special yang diadakan di Megalanes Sarawak pada Ahad lalu.

Pertanding­an bermula sejak 8 Mac lalu itu didominasi sepenuhnya oleh pelatih yang sedang mengikuti program latihan boling di Megalanes Sarawak.

Ia menyaksika­n peserta berusia 13 tahun, Anderson Tan muncul juara dengan jatuhan 1,300 pin dalam lima pusingan permainan.

Menduduki tempat kedua ialah Fairaizulh­isham Hassan yang meraih 1,273 pin, disusuli seorang lagi pemain remaja, Goh Min Jie dengan 1,272 pin.

Tempat keempat pula menjadi milik Cornelius Aldhelm dengan 1,246 pin sambil Roziana Saimin di tempat kelima dengan 1,219 pin.

Pada masa sama, Syahrudin

Samsudin menduduki tempat keenam dengan 1,215 manakala adik Anderson meraih kedudukan ketujuh dengan 1,203 pin.

Sementara itu, Ting Chiong Ping (1,199), Zulkifli Bohari (1,145) dan Zulkiflee Sebli (1,142) masing-masing menduduki tempat kelapan hingga ke-10.

Semasa aksi final, peserta berpeluang memenangi hadiah menarik tajaan Marvel.

 ??  ?? JUARA: Anderson (tengah) diapit oleh Fairaizulh­isham (kiri) dan Goh meraih juara pada majlis penyampaia­n hadiah Ahad lalu.
JUARA: Anderson (tengah) diapit oleh Fairaizulh­isham (kiri) dan Goh meraih juara pada majlis penyampaia­n hadiah Ahad lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia