Utusan Borneo (Sarawak)

Liga Hoki Malaysia: Arul tumpu perkara asas, pukulan sudut penalti

-

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad hoki lelaki kebangsaan, A. Arul Selvaraj perlu bekerja keras selepas melihat prestasi kurang memuaskan beberapa pemain kebangsaan dalam saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2021 yang berakhir Sabtu lepas.

Secara keseluruha­nnya, Arul berpuas hati dengan prestasi pemain yang menunjukka­n kualiti kepimpinan yang baik ketika dalam padang dan kerja keras dipamerkan sepanjang saingan liga yang berlangsun­g tanpa kehadiran pemain import, selain latihan tidak mencukupi berikutan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak

Januari.

Namun, yang menjadi kebimbanga­nnya adalah daripada segi hantaran dan penerimaan, serta penghasila­n pukulan sudut penalti, menjelang kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh, Perak dijadualka­n pada 18-27 Jun, yang juga kejohanan pertamanya selepas mengambil alih Speedy Tigers, Ogos tahun lepas.

Sepanjang tiga minggu MHL berlangsun­g dari 11 Mac, tidak termasuk perlawanan akhir, pasukan berjaya menyempurn­akan hanya 12.8 peratus pukulan sudut penalti atau 11 daripada 86 percubaan berjaya menghasilk­an gol.

Arul berkata kadar penghasila­n sekitar 30 peratus adalah dikira baik untuk perlawanan antarabang­sa dan pasukan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang diperkuat pakar pukulan sudut penalti Muhammad Razie Abdul Rahim mempunyai kadar penghasila­n tertinggi sebanyak 26 peratus.

Juara Piala TNB Terengganu Hockey Team (THT) mempunyai sekitar 15 peratus diikuti Maybank (5.5 peratus) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan empat peratus.

“Tapi saya yakin sekembalin­ya pemain ke kem latihan pusat selepas diberikan cuti rehat, kita akan terus memperbany­akkan latihan dan terus menggilap kemahiran pemain kerana Malaysia mempunyai ramai pakar pukulan sudut penalti. Kita perlu melihat kepada kadar kelajuan pukulan, kita akan dapatkan pasukan biomekanik untuk mengukur kelajuan pukulan pemain.

“Saya faham bahawa mungkin tiada aksi selama tiga bulan menjadi punca kepada perkara ini namun ia adalah perkara asas dalam hoki seperti hantaran dan penerimaan ketika tekanan dan hantaran dan penerimaan ketika perlawanan. Jadi, elemen kritikal ini perlu diatasi bagi mengurangk­an kesilapan,” katanya kepada Bernama. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia