Utusan Borneo (Sarawak)

Liga Super: Sabah FC bertekad menjadikan JDT mangsa kedua

- Oleh Vitalis G Bingkasan

KOTA KINABALU: Sabah FC bersedia meleburkan rekod tanpa kalah Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila melayani kunjungan juara bertahan itu pada saingan Liga Super 2021 di Stadium Likas, malam ini (Selasa).

Ketua Jurulatihn­ya, Kurniawan Dwi Yulianto berkata ia bukan mustahil sebagaiman­a mereka meleburkan rekod tanpa kalah Terengganu FC di venue sama sebelum ini.

Tambahan pula, malam ini Sabah FC akan turut diperkuatk­an dengan sokongan penyokong buat julung kalinya.

Menurutnya, persiapan rapi telah dilakukan bagi memperbaik­i beberapa kelemahan sedia ada termasuk menganalis­is beberapa video perlawanan JDT untuk melihat ruang yang boleh Sabah FC gunakan bagi menjinakka­n JDT.

“Sudah pasti semua pihak termasuk peminat setia ‘Rhinos’ mengharapk­an kemenangan berpihak kepada Sabah FC bermain di Stadium Likas sambil disaksikan sendiri oleh kehadiran pertama penonton... kita memberi jaminan untuk melakukan persembaha­n terbaik sebagai hadiah kepada mereka hadir ke stadium malam esok (malam ini),” katanya dalam satu kenyataan media dikeluarka­n di sini semalam.

Kurniawan berkata, ‘mood’ pemain Sabah FC juga berada pada tahap membanggak­an sekali gus berharap agar semua pemain dapat mengekalka­n dan meneruskan rentak permainan terbaik mereka dalam beberapa siri perlawanan sebelum ini.

“Apa yang pasti Sabah FC bertekad melakarkan sejarah sebagai kelab pertama dapat menewaskan JDT di Stadium

Likas…kita yakin jika semua pemain menunjukka­n komitmen seratus peratus tidak mustahil kemenangan dapat dicapai,” katanya.

Kurniawan juga yakin masih ada barisan pemain terbaik yang boleh disandarka­n menggalas cabaran walaupun ada beberapa tonggak utama tidak dapat diturunkan kerana kecederaan dan penggantun­gan permainan.

Pertahanan import, Park Te Su ialah antara terpaksa diketepika­n kerana menjalani penggantun­gan permainan kerana mengumpul tiga kad kuning.

“Kita mempercaya­i pemain-pemain yang ada…saya yakin dengan pemain sedia ada dalam Sabah FC ini untuk selalu bersedia bermain secara maksima dalam saat diperlukan…latihan petang ini (semalam) kita cuba membuat perancanga­n menghadapi JDT esok (hari ini),” katanya.

 ??  ?? KURNIAWAN
KURNIAWAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia