Utusan Borneo (Sarawak)

POLIS BURU SEORANG LAGI KES ROMPAK BERKUMPULA­N

-

KUCHING: Polis kini sedang memburu seorang lelaki susulan penangkapa­n tiga suspek kes rompak berkumpula­n di Taman Juta Ria, Jalan Matang, di sini, pada 3 April lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan DSP Law Jaw Shyong berkata suspek yang masih diburu sudah dikenal pasti dan dikenali dengan nama panggilan 'Amir'.

Menurutnya, suspek terbabit disyaki dalang kejadian rompakan bersenjata tersebut.

"Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung 'Amir' diminta menyalurka­nnya ke manamana balai polis berhampira­n atau boleh menghubung­i terus pegawai penyiasat di talian 0146750181," katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Jelas Lim, keempat-empat suspek telah merompak seorang lelaki berusia 20 tahun yang bekerja sebagai buruh kasar sekitar jam 2 pagi.

"Mangsa tinggal di sebuah rumah yang sedang dalam proses pengubahsu­aian dan telah didatangi kumpulan suspek terbabit, di mana seorang daripada suspek bertindak mengacukan parang di leher mangsa.

"Dalam kejadian tersebut, dua lagi suspek bertindak memantau keadaan sekeliling dan seorang lagi berperanan mengambil barang-barang milik mangsa.

"Kesemua suspek kemudian beredar dari tempat kejadian dan turut melarikan motosikal milik mangsa dengan anggaran keseluruha­n kerugian mencecah RM15,000," katanya.

Bagaimanap­un motosikal mangsa berjaya ditemui semula di kawasan Batu 6, Matang.

Laporan polis berhubung kejadian telah dibuat mangsa selepas itu dan tiga daripada suspek berjaya ditangkap kurang daripada 24 jam selepas kes tersebut dilaporkan.

Difahamkan, tiga suspek yang ditangkap berusia lingkungan 22 hingga 24 tahun dan masingmasi­ng mengaku terlibat dengan rompakan tersebut.

"Sekitar jam 1.17 petang hari yang sama (3 April), dua suspek berjaya ditangkap di Taman Sri Makmur, Batu 6, Jalan Matang yang masing-masingnya mempunyai rekod jenayah lampau.

"Susulan penangkapa­n tersebut juga membawa kepada tertangkap­nya seorang lagi suspek di Taman Suria Jaya, Padawan iaitu sekitar jam 1 pagi (4 April)," katanya.

Ketiga-tiga suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 11 April untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan.

"Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebat," tegas Lim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia