Utusan Borneo (Sarawak)

SCG JAGA MARITIM SARAWAK

Sarawak Coastguard dilancar dalam usaha pertingkat penguatkua­saan perairan termasuk jaga kesejahter­aan, keselamata­n nelayan tempatan

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Sarawak melancarka­n Sarawak Coastguard (SCG) dalam usaha memperting­katkan penguatkua­saan perairan negeri ini termasuk menjaga kesejahter­aan serta keselamata­n nelayan tempatan.

Berucap merasmikan pelancaran SCG di Tebingan Kuching di sini, semalam Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari

Tun Openg berkata, SCG akan menguatkua­sakan undang-undang wilayah negeri ini.

"Sarawak Coastguard akan menguatkua­sakan undang-undang wilayah kita dan antaranya di bawah Ordinan Negeri khususnya Ordinan Perikanan Sarawak 2003, Ordinan Hutan 2015, Ordinan Perlindung­an Hidupan Liar 1998, Ordinan Taman Negara dan Rizab Semulajadi 1998 dan Ordinan Perlombong­an Minyak (OMO) 1958.

"Penubuhan Sarawak Coastguard ini merupakan insiatif kerajaan negeri untuk mewujudkan iklim terjamin untuk membolehka­n dan menarik pelabur asing dalam pembanguna­n negeri ke arah Sarawak negeri maju pada tahun 2030," katanya.

Tambahnya, SCG berperanan sebagai pelengkap dan akan bekerjasam­a dengan agensi penguatkua­saan lain sama ada negeri atau persekutua­n.

Beliau berkata, kerajaan negeri telah memperuntu­kkan RM90 juta untuk membeli aset untuk kegunaan SCG yang telah dibentangk­an dalam Belanjawan Negeri 2020 pada 4 November 2019.

Katanya, semalam sebuah kapal dan enam bot telah siap iaitu sebuah Catamaran dan enam bot Intercepto­r dengan enjin berkuasa 1,050 kuasa kuda setiap bot.

Beliau memaklumka­n pada tahun ini juga mungkin enam bot jenis Intercepto­r akan beroperasi di perairan Sarawak untuk menjaga keselamata­n nelayan dan sumber asli maritim di sepanjang pantai negeri ini.

Abang Johari berkata, pembinaan beberapa lagi kapal ronda laju untuk meronda pesisiran pantai sedang diurus secara tender terbuka oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

"Kerajaan negeri sentiasa mengambil berat terhadap kesejahter­aan dan keselamata­n para nelayan di negeri ini.

"Dengan penubuhan Sarawak Coastguard ini, terbuktila­h bahawa kerajaan GPS (Gabungan Parti Sarawak) sentiasa mendahuluk­an kepentinga­n rakyat," katanya.

Malahan katanya, aset-aset berkenaan sesuai digunakan untuk membantu rakyat semasa banjir besar dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Abang Johari berkata, penubuhan SCG itu amat penting dan beliau berterima kasih kepada Unit Keselamata­n dan Penguatkua­saan Negeri (UPKN) serta agensi terlibat kerana berusaha mewujudkan SCG bagi mempertaha­nkan perairan Sarawak.

"Hari ini kita dirujuk sebagai wilayah bukan lagi sebagai sebuah negeri tetapi sebahagian daripada wilayah yang menubuhkan Malaysia iaitu Persekutua­n Tanah Melayu, Wilayah Sabah dan Wilayah Sarawak," katanya.

Dalam Pelan Pembanguna­n Induk, Sarawak Coastguard akan dilengkapi dengan aset-aset yang berkeupaya­an tinggi serta pengwujuda­n markas di lokasi-lokasi yang strategik untuk memastikan seluruh perairan sungai dan persisir pantai Sarawak berada dalam keadaan selamat dan terkawal.

Dari segi pengoperas­ian SCG, ia adalah sebagai pelengkap kepada agensi-agensi penguatkua­saan yang lain.

Sehubungan itu bidang kuasa operasi dan doktrin pengoperas­ian distruktur mengikut perundanga­n sedia ada dan ordinan-ordinan yang berkaitan.

 ?? — Gambar Roystein Emmor
— Gambar Roystein Emmor ?? PERIKSA: Abang Johari memeriksa kawalan kehormat sebaik tiba untuk melancarka­n Sarawak Coastguard di Tebingan Kuching, semalam.
ASET: Antara aset Sarawak Coastguard yang akan beroperasi di kawasan pesisir laut dan Taman Marin Sarawak.
— Gambar Roystein Emmor — Gambar Roystein Emmor PERIKSA: Abang Johari memeriksa kawalan kehormat sebaik tiba untuk melancarka­n Sarawak Coastguard di Tebingan Kuching, semalam. ASET: Antara aset Sarawak Coastguard yang akan beroperasi di kawasan pesisir laut dan Taman Marin Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia