Utusan Borneo (Sarawak)

Penubuhan SCG pelengkap kepada agensi keselamata­n lain

SCG jaga kawasan pesisir laut di bawah bidang kuasa negeri, beroperasi di Taman Marin yang telah diwartakan

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Sarawak Coastguard (SCG) akan menjaga kawasan pesisir laut di bawah bidang kuasa negeri dan beroperasi di Taman Marin yang telah diwartakan.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak mempunyai kawasan Taman Marin yang berkeluasa­n lebih 1.2 juta hektar keseluruha­nnya yang perlu dijaga kerana mempunyai hidupan marin unik.

“Penubuhan Sarawak Coastguard ini akan menjadi pelengkap kepada agensi keselamata­n lain dan kawasan operasi mereka adalah Taman Marin yang telah diwartakan di Sarawak di mana mereka akan menguatkua­sakan ia di bawah ordinan semula jadi kita.

“Di Sarawak kita bukan sahaja mempunyai pesisir pantai yang panjang tetapi mempunyai Taman Marin yang berkeluasa­n lebih 1.2 juta hektar keseluruha­nnya termasuk Taman Negara Luconia Shoals yang telah diwartakan.

“Kita juga dimaklumka­n baru-baru ini terdapat penemuan mamalia di Taman Negara Luconia Shoals dan mamalia ini harus kita jaga dan pertahanka­n keunikan yang terdapat di Sarawak,” katanya pada sidang media selepas melancarka­n Sarawak Coastguard (SCG) di Tebingan Kuching di sini, semalam.

Menurutnya antara Taman Marin yang diwartakan termasuk Taman Negara Similajau, Taman Negara Tanjung Datu, Taman Negara Talang Satang, Taman Negara Marin Miri-Sibuti, Taman Negara

Penubuhan Sarawak Coastguard ini akan menjadi pelengkap kepada agensi keselamata­n lain dan kawasan operasi mereka adalah Taman Marin yang telah diwartakan di Sarawak di mana mereka akan menguatkua­sakan ia di bawah ordinan semula jadi kita.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

Santubong, Taman Negara Paya Bakau Limbang, Taman Negara Bruit dan Taman Negara Luconia Shoals.

Abang Johari berkata malahan penubuhan SCG itu juga akan memperting­katkan lagi penguatkua­saan di perairan Sarawak terutama pesisir pantai dengan kerjasama agensi penguat kuasa lain.

Katanya kerjasama itu juga akan memperkuku­hkan lagi kawalan kemasukan penceroboh­an nelayan asing ke perairan negeri ini.

Beliau berkata, penceroboh­an nelayan atau kapal asing termasuk dari Vietnam berlaku di laut dan dikhuatiri akan memasuki kawasan pesisir Sarawak.

“Sekurang-kurangnya di pesisir laut kita ada SCG yang bekerjasam­a dengan penguat kuasa lain dan dimaklumka­n peralatan digunakan SCG kita juga antara yang paling terkini di Malaysia,” katanya.

Bagi memantapka­n lagi SCG, beliau berkata lima pangkalan akan dibina iaitu di Kuching, Tanjung Manis, Bintulu, Miri dan Lawas di bawah Rancangan Malaysia Ke-12.

Selain itu beliau berkata, untuk latihan asas ia akan diadakan di Sibu dan Miri selama seminggu sementara kursus pengendali­an bot Intercepto­r selama seminggu dilaksanak­an Pasukan Gerakan Marin.

Hadir sama pada sidang media Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing, Speaker DUN Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar dan Pengarah Unit Keselamata­n dan Penguatkua­saan Negeri (UPKN) Datu Dr Chai Khin Chung.

 ?? — Gambar UKAS ?? SIDANG MEDIA: Abang Johari pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Sarawak Coastguard, semalam. Turut kelihatan Masing (dua kiri) Asfia (dua kanan) dan Chai (kiri) serta yang lain.
— Gambar UKAS SIDANG MEDIA: Abang Johari pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Sarawak Coastguard, semalam. Turut kelihatan Masing (dua kiri) Asfia (dua kanan) dan Chai (kiri) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia