Utusan Borneo (Sarawak)

Projek perparitan di SJKC Chung Hua Tudan dijangka siap lebih awal

-

MIRI: Kerja-kerja projek sistem perparitan konkrit bertutup di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua Tudan yang bermula pada 1 Februari dijangka siap pada 30 Jun tahun ini.

Menteri Pengangkut­an Sarawak Datuk Lee Kim Shin berkata, projek bernilai RM250,000 itu sudah 95 peratus siap dan kira-kira dua bulan lebih awal daripada jadual asal.

“Projek pembinaan ini di bawah Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP) kawasan Senadin tahun 2020 dan sedang dilaksanak­an Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri.

“Projek ini terdiri daripada parit konkrit bertutup yang memudahkan air hujan mengalir ke sungai berdekatan,” katanya dalam kenyataan media semalam susulan lawatan ke tapak projek tersebut.

Lee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin berkata, projek itu dilaksanak­an atas permintaan ahli lembaga sekolah dan ibu bapa yang prihatin terhadap longkang besar tidak bertutup di pekarangan sekolah.

“Ibu bapa dan guru berasa prihatin kerana longkang yang tidak bertutup itu mengundang bahaya kepada murid dan masalah itu memerlukan perhatian segera kami.

“Saluran perparitan konkrit bertutup itu juga akan digunakan sebagai tempat meletak kenderaan untuk ibu bapa atau pengangkut­an murid seperti bas sekolah atau van,” ujarnya.

Sementara itu, ahli lembaga sekolah mengucapka­n penghargaa­n dan terima kasih kepada Lee atas inisiatif tersebut.

Mereka juga memuji usaha Lee dalam membantu mereka memastikan keselamata­n murid serta perhatiann­ya yang konsisten terhadap kebajikan SJKC Chung Hua Tudan.

Dalam pada itu, Lee turut menyampaik­an penghargaa­n kepada kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg atas peruntukan RTP bagi kawasan N75 Senadin.

Hadir sama pada lawatan ke SJKC Chung Hua Tudan ialah Penolong Jurutera Bahagian Miri Stephen Ung Neng Hui dan pasukan JKR Miri.

 ??  ?? PUAS HATI: Lee (tengah) melihat pelan projek semasa meninjau tahap projek sistem perparitan konkrit bertutup yang telah 95 peratus siap di SJKC Chung Hua Tudan, baru-baru ini.
PUAS HATI: Lee (tengah) melihat pelan projek semasa meninjau tahap projek sistem perparitan konkrit bertutup yang telah 95 peratus siap di SJKC Chung Hua Tudan, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia