Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki jalankan permainan dalam talian secara haram didenda

-

MIRI: Seorang lelaki didenda RM1,000 atau sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret kerana kesalahan menjalanka­n kegiatan permainan dalam talian secara haram.

Thian Soon You, 24, dari Siang Siang Garden 2, Jalan Airport di sini didakwa mengikut Seksyen 3 (1) Ordinan Perniagaan, Profesion dan Perlesenan Perdaganga­n.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda RM1,000.

Menurut keterangan kes, tertuduh didapati telah menjalanka­n satu permainan secara dalam talian tanpa mempunyai lesen yang sah.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 12.30 tengah hari, 4 Mac lalu di sebuah kedai yang terletak di Sungai Buloh, Jalan Aru 1 di sini.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor di hadapan Majistret Md Syafique Md Hilmie.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia