Utusan Borneo (Sarawak)

SCG komited jaga keselamata­n nelayan, sumber asli maritim dan kepentinga­n lain

-

KUCHING: Sarawak Coastguard (SCG) yang baharu dilancarka­n secara rasminya menyatakan komitmenny­a untuk memainkan peranan dalam penjagaan keselamata­n nelayan, sumber asli maritim dan kepentinga­n lain.

Pengarah Unit Keselamata­n dan Penguatkua­saan Negeri (UPKN) Datu Dr Chai Khin Chung berkata, UPKN berterima kasih kepada kerajaan negeri atas kepercayaa­n dan amanah diberikan dalam tanggungja­wab berkenaan.

“Sarawak Coastguard akan beroperasi dengan amalan operasi terbaik yang berasaskan doktrin operasi yang berasaskan perangkaia­n data atau risikan melalui pelbagai sumber serta perangkaia­n usaha agensi untuk membolehka­n Sarawak Coastguard dapat beroperasi sebagai satu entiti yang ‘tangkas, cepat dan bertindak pantas’.

“Sarawak Coastguard telah menerima kapal pertama iaitu SC Tanjung Datu sebuah bot Catamaran pada hujung tahun lepas, aset ini akan dikerahkan untuk penugasan operasi penguatkua­saan, pengurusan bencana banjir Sarawak serta sebagai kapal latihan bagi anggota-anggota Sarawak Coastguard,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Sarawak Coastguard (SCG) yang disempurna­kan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Tebingan Kuching di sini, semalam.

Menurut Chai, pada masa kini, SCG telah menerima enam bot Intercepto­r dan selain dari aset-aset tersebut, sebanyak sembilan kapal ronda laju dijangka siap secara berperingk­at pada 2022 dan 2023.

Katanya dengan perolehan aset-aset tersebut, SCG mampu memikul tanggungja­wab dan objektif-objektif yang ditetapkan.

“Di samping itu, pihak pengurusus­an pelabuhanp­elabuhan Kuching, Tanjung Manis, Samalaju dan Miri sedia menyediaka­n kemudahan-kemudahan sokongan seperti jeti dan ruang pejabat bagi menyokong operasi Sarawak Coastguard sementara menunggu infrastruk­tur kekal kami disiapkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12,” katanya.

Beliau memberitah­um syarikat Asia Slipway & Engineerin­g, pembekal Intercepto­r SCG, telah menyiapkan bot pertama tiga bulan lebih awal daripada jadual.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia