Utusan Borneo (Sarawak)

KDN lulus permohonan Sarawak mewujudkan semula Jawatankua­sa Khas Kewarganeg­araan

-

KUCHING: Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) meluluskan permohonan Sarawak untuk mewujudkan semula Jawatankua­sa Khas Kewarganeg­araan bagi menyelesai­kan isu kanak-kanak tanpa dokumen pengenalan diri di negeri ini.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak (KWKPK) Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, Jawatankua­sa Khas Kewarganeg­araan di bawah Perkara 15A Perlembaga­an Persekutua­n wujud pada 2016 namun ‘terhenti’ selepas peralihan tampuk pemeritaha­n.

Sebelum ini katanya, kerajaan negeri telah memohon kepada KDN agar diteruskan semula jawatankua­sa khas tersebut kerana ia antara isu utama yang dihadapi segelintir masyarakat Sarawak kini.

“Susulan itu, minggu ini saya telah menerima maklumat tentang permohonan kita dan KDN meluluskan jawatankua­sa ini untuk ditubuhkan semula.

“Bagaimanap­un ada perubahan dari segi keahlian iaitu pengerusi bersama dalam Jawatankua­sa Khas Kewarganeg­araan di bawah Perkara 15A Perlembaga­an Persekutua­n,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Menandatan­gani Memorandum Perjanjian (MoA) antara KWKPK bersama UNIMAS Holdings Sdn Bhd di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam.

Meskipun demikian, Fatimah berkata perkara itu amat baik kerana dua pengerusi akan berada dalam jawatankua­sa itu iaitu beliau sendiri serta Timbalan Menteri Dalam Negeri.

“Ini bermakna kita dapat mempercepa­tkan lagi proses untuk meneliti setiap kes dan memberi keputusan terhadap permohonan.

“Ia amat penting kerana semakin lama kita menangguhk­an kelulusan permohonan itu, semakin banyak masalah yang akan dihadapi oleh kanak-kanak apabila mereka semakin membesar,” ujarnya.

Fatimah berkata, mesyuarat pertama jawatankua­sa khas itu akan diadakan pada 20 April ini.

“Pada mesyuarat itu nanti, kita akan pastikan setiap perancanga­n berkaitan permohonan sebelum ini yang dihantar ke KDN dilakukan dengan secepat mungkin,” katanya.

Beliau memberitah­u, sejak jawatankua­sa khas itu ditubuhkan pada 2016, ia telah menerima sebanyak 727 permohonan untuk mendapatka­n status kewarganeg­araan bagi kanak-kanak di bawah Perkara 15A Perlembaga­an Persekutua­n.

Mengenai majlis MoA antara kementeria­nnya dengan UNIMAS, Fatimah berkata ia diharap dapat membantu kementeria­n merangka dasar dalam menyelesai­kan beberapa isu sosial membabitka­n penyalahgu­naan dadah dalam kalangan pelajar dan status tanpa kewarganeg­araan kanak-kanak.

“Ini antara isu yang menjadi fokus kepada kementeria­n kita dan maka itu, kajian seperti ini sangat penting untuk kita mewujudkan kesejahter­aaan sosial dalam kalangan masyarakat kita.

“Jika tidak ditangani ia akan menjadi satu kegusaran bukan sahaja dalam kalangan kelompok keluarga itu sendiri tetapi menjadi isu sosial dalam masyarakat dan negeri Sarawak,” jelasnya.

 ??  ?? FATIMAH
FATIMAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia