Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada bazar Ramadan di kawasan tadbiran DBKU

-

KUCHING:DewanBanda­raya Kuching Utara (DBKU) tidak akan menganjurk­an bazar Ramadan tahun ini di kawasan Satok, Semarak dan Sukma Ria di sini bagi mengelak kemungkina­n berlakunya penularan semula COVID-19.

DBKU dalam kenyataan semalam berkata, penganjura­n bazar sedemikian dalam keadaan wabak ketika ini akan hanya meningkatk­an risiko kontak rapat dan jika berlaku penularan semula COVID-19, ia akan merencatka­n usaha kerajaan mengekang sepenuhnya penularan.

“Justeru, adalah menjadi tanggungja­wab kita bersama membantu kerajaan dalam mengekangp­enularanCO­VID19 dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan arahan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang dikuatkuas­akan,” kata kenyataan itu.

Ketiga-tiga kawasan itu menjadi tapak pilihan untuk penganjura­n bazar Ramadan dalam kawasan di bawah seliaan DBKU setiap tahun apabila tiba bulan puasa, namun penganjura­nnya dihentikan sejak tahun lepas ekoran pandemik COVID-19.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) pada 25 Mac lepas membenarka­n operasi di seluruh negeri ini dengan syarat SOP yang ditetapkan dipatuhi sepenuhnya dan sebelum memulakan operasi, premis terbabit dikehendak­i mendapatka­n kelulusan daripada Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB)dikawasanm­erekaakan beroperasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia