Utusan Borneo (Sarawak)

Abang Johari umum buah tangan untuk penduduk Mulu

-

MIRI: Ketua Menteri Datuk Patinggi Tun Abang Haji Openg mengumumka­n beberapa berita gembira atau buah tangan sempena lawatan sulungnya ke Mulu selama dua hari bermula kelmarin.

Beliau berkata, antaranya kerajaan negeri bersetuju menambah satu blok rumah konkrit untuk masyarakat Penan di Kampung Batu Bungan.

Di samping itu, permohonan penduduk Kampung Melinau untuk mendapatka­n status kampung rizab juga telah diluluskan dengan penyusunan semula kampung dengan fasiliti lengkap.

“Kita juga merangka pelan untuk menjadikan Mulu sebagai bandar mini dengan menempatka­n bangunan pejabat kerajaan menerusi peruntukan kerajaan negeri,” katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Mulu dekat sini, malam kelmarin.

Abang Johari berkata projek Bandar Mini Mulu itu sebenarnya di bawah Unit Perancanga­n Ekonomi (EPU) kerajaan persekutua­n namun Sarawak akan mengambil alih pelan berkenaan.

“Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam dan PDRM mesti ditempatka­n di bangunan ini dan tidak perlu menunggu ‘Kuala Lumpur’ kerana Sarawak sendiri berupaya melaksanak­an pelan berkenaan,” jelasnya.

Tambah Abang Johari, banyak projek mampu direalisas­ikan jika rakyat terus bersatu hati dan memastikan kerajaan negeri pada hari ini terus diberikan mandat pada pilihan raya akan datang.

“Wakil rakyat daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak hanya bercakap tetapi kita bekerja kerana kita tahu pada musim pilihan raya macam-macam dijanjikan oleh kerajaan 22 bulan yang tidak menampakka­n sebarang hasil,” katanya.

Menurut Abang Johari, Sarawak bertuah kerana ketika ini beberapa hak negeri telah dikembalik­an semula.

“Sebab itu kita perlu mempunyai kerajaan yang kuat supaya kita dapat berbincang dan mengambil semula hak Sarawak yang terhakis untuk membangunk­an negeri kita,” ujarnya.

Dalam perkembang­an lain, Abang Johari berharap rakyat tidak takut untuk mengambil suntikan vaksin bagi mengekang penularan COVID-19.

Beliau yang sudah melengkapk­an pengambila­n suntikan dua dos vaksin menjelaska­n rakyat perlu mendaftar untuk mendapatka­n suntikan.

“Ada yang mendakwa selepas mengambil suntikan vaksin keadaan semakin buruk, itu tidak benar kerana saya sendiri sudah melengkapk­an pengambila­n dua dos vaksin untuk melawan kuman dalam badan,” katanya.

Mengulas mengenai penggunaan kalimah Allah beliau berkata, Sarawak satu-satunya negeri yang tidak melarang penggunaan­nya dan menunjukka­n perpaduan dan kesatuan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum.

Bahkan tambah Abang Johari, Sarawak juga satusatuny­a negeri yang mempunyai Unit Hal Ehwal AgamaAgama Lain (UNIFOR) yang membela kebajikan agama semua kaum.

Turut hadir Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh, Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan UKAS Abdullah Saidol dan Ahli Parlimen Baram Anyie Ngau serta tetamu kehormat lain.

 ??  ?? SIMBOLIK: Abang Johari memotong kek sambil disaksikan tetamu yang lain pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Mulu malam kelmarin.
SIMBOLIK: Abang Johari memotong kek sambil disaksikan tetamu yang lain pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Mulu malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia