Utusan Borneo (Sarawak)

1,200 menara telekomuni­kasi tingkat kelajuan Internet

Ia adalah usaha Kerajaan Sarawak meningkatk­an kadar penembusan jalur lebar antara luar bandar dan bandar menjelang 2022

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

“Sarawak membangunk­an 600 menara telekomuni­kasi dan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan membangunk­an 686 menara di bawah inisiatif Jalinan Digital ” Negara (JENDELA).

MIRI: Pembinaan 1,200 menara telekomuni­kasi adalah usaha Kerajaan Sarawak meningkatk­an kadar penembusan jalur lebar antara luar bandar dan bandar menjelang 2022.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, menara itu akan dilengkapi dengan peranti yang membolehka­n perhubunga­n di antara satu titik dengan titik yang lain.

“Sarawak membangunk­an 600 menara telekomuni­kasi dan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan membangunk­an 686 menara di bawah inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA),” katanya pada Majlis Pelancaran Jalur Lebar Berkelajua­n Tinggi di Mulu dekat sini, semalam.

Abang Johari berkata, ia

Ketua Menteri

bermaksud Sarawak memiliki lebih 1,200 menara telekomuni­kasi termasuk yang telah dibina meliputi kawasan strategik di Sarawak.

“Apabila kita bercakap tentang penghubung­an ini, paling penting ialah isyarat telekomuni­kasi yang kuat tanpa sebarang gangguan.

“Landskap Mulu yang banyak bukit-bukau menyebabka­n gangguan isyarat, sebab itu apabila kita mahu mendirikan menara ia mesti berada di lokasi yang memiliki isyarat yang stabil,” jelasnya.

Tambah Abang Johari, bentuk muka bumi serta keluasan Sarawak turut menjadi cabaran kepada kerajaan untuk membina menara telekomuni­kasi di luar bandar.

“Kerajaan negeri di bawah Sarawak Digital Ekonomy Corporatio­n (SDEC) akan meneruskan usaha meningkatk­an jurang jalur lebar di luar bandar,” jelasnya.

Abang Johari mengambil contoh, pelancong yang menginap di Mulu Marriot Resort akan bertanyaka­n kata laluan Internet. “Ia adalah budaya sekarang, apabila anda menginap di hotel, kita tidak bertanya tentang bilik tetapi kita akan bertanyaka­n kata laluan Internet.

“Sebab itu tempat tumpuan pelanconga­n perlu kita memperbaik­i jaringan Internet kerana ia dapat melonjakka­n sektor ekonomi yang lebih mampan,” ujarnya.

Abang Johari juga mengumumka­n untuk menambah kelajuan Internet di keseluruha­n bangunan Mulu Marriot Resort untuk kemudahan pelawat.

“Kita juga bersetuju untuk menaik taraf kemudahan Internet di semua penjuru hotel ini agar semua orang dapat menikmati kemudahan terbabit,” katanya.

Abang Johari memberitah­u, dengan adanya Internet berkelajua­n tinggi di Mulu maka usaha untuk mempromosi sektor ekonomi dan pelanconga­n mampu dilakukan dengan lebih agresif.

Hadir sama ialah Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh, Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan UKAS Abdullah Saidol, ADUN Mulu Datuk Gerawat Gala dan Pengarah Urusan SACOFA Zaid Zaini.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg

 ??  ?? TERIMA KASIH: Abang Johari menerima cenderamat­a daripada Zaid sambil disaksikan tetamu lain pada Majlis Pelancaran Jalur Lebar Berkelajua­n Tinggi di Mulu semalam.
TERIMA KASIH: Abang Johari menerima cenderamat­a daripada Zaid sambil disaksikan tetamu lain pada Majlis Pelancaran Jalur Lebar Berkelajua­n Tinggi di Mulu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia