Utusan Borneo (Sarawak)

37 terima surat tawaran projek RSP Kemuyang

-

SIBU: Seramai 37 pemohon untuk Projek Rumah Spektra Permata (RSP) Kemuyang menerima surat tawaran pada majlis penyerahan di Dewan Melayu Melanau Bersatu (MMB) di sini, semalam.

Majlis penyerahan surat tawaran disempurna­kan Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Dr Annuar Rapa’ee.

Dr Annuar dalam ucapannya berkata, penerima projek akan menerima kunci rumah mereka setelah Permit Menduduki (OP) dikeluarka­n.

“Mereka akan berpindah masuk ke rumah baharu pada akhir Mei selepas Hari Raya Aidilfitri.

“Sebanyak 186 unit rumah dibina dalam dua fasa di bawah projek yang dilancarka­n pada tahun 2015 oleh Ketua Menteri Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem.

“Daripada jumlah itu, 50 daripada 110 unit yang dibina Perbadanan Pembanguna­n Perumahan (HDC) telah siap, 76 unit lagi akan dilaksanak­an oleh Lembaga Pembanguna­n dan Lindungan Tanah (LCDA),” ujarnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka itu berkata, projek itu melibatkan keluarga dari Kampung Datu, Kampung Hilir, Kampung Nyabor dan Kampung Bandong dengan harga seunit antara RM90,000 hingga RM120,000.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif HDC Mohamad Asman Ahmad dan Pengurus Besar Mutiara Mortgage & Credits Sdn Bhd Shaharony Mat Nor.

 ??  ?? SEMPURNA: (Duduk, dari kiri) Shaharony, Dr Annuar, Mohamad Asman merakam kenangan bersama para penerima surat tawaran projek RSP Kemuyang.
SEMPURNA: (Duduk, dari kiri) Shaharony, Dr Annuar, Mohamad Asman merakam kenangan bersama para penerima surat tawaran projek RSP Kemuyang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia