Utusan Borneo (Sarawak)

104 permohonan untuk dana AFF diluluskan

-

SIBU: Sebanyak 104 permohonan dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kakus akan menerima Agricultur­e Facilitati­on Fund (AFF) pada tahun ini.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Datuk John Sikie Tayai berkata, Jabatan Pertanian telah meluluskan permohonan dan akan mengagihka­n bantuan dalam bentuk input pertanian.

Bercakap pada sidang media selepas mesyurat dengan kakitangan Jabatan Pertanian di sini semalam, beliau berkata dana yang diluluskan berjumlah RM999,500.

Permohonan melibatkan enam kategori iaitu 12 permohonan untuk sarang burung individu dan hanya dua untuk sarang burung berkumpula­n, 29 bagi penternaka­n babi, 53 untuk tanaman durian, tujuh bagi fertigasi terbuka dan satu untuk tanaman cili inkubator.

“Jumlah keseluruha­n dana ialah RM999,500.

“Ini yang kita bincangkan yang akan diberikan pada tahun ini,” ujarnya.

Pada tahun lepas menurut ADUN Kakus itu, kerajaan negeri melalui Kementeria­n Pertanian telah meluluskan tambahan RM1 juta AFF khas untuk petani di Sungai Arip.

John Sikie berkata, tiada syarat bagi permohonan ini kerana ia merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan membantu para petani dan penternak terutama di luar bandar.

“Kita harus memberi galakan kepada petani agar usaha mereka berjaya.

“Saya percaya Jabatan Pertanian, ketua masyarakat dan sebagainya akan memastikan usaha ini berjaya.

“Dengan bantuan ini, diharap dapat membantu petani dan penternak menambah pendapatan mereka,” jelasnya.

Turut hadir Pegawai Jabatan Pertanian Selangau James Allow Bunya dan Pegawai Jabatan Pertanian Sibu Badin Unor.

 ??  ?? BINCANG: John Sikie (dua kanan) ketika bermesyuar­at dengan kakitangan Jabatan Pertanian.
BINCANG: John Sikie (dua kanan) ketika bermesyuar­at dengan kakitangan Jabatan Pertanian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia