Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga lagi kawasan di Sarawak dikenakan arahan PKPD

-

KUCHING: Tiga lagi kawasan di negeri ini dikenakan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) bermula 8 hingga 21 April 2021.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, arahan ini melibatkan Kampung Serpan Laut di Asajaya, Penjara Sri Aman dan Kuarters Kakitangan di Sri Aman.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi ke atas lokaliti yang berlaku kenaikan kes secara mendadak, maka JPBNS bersetuju untuk melaksanak­an PKPD di tiga lokaliti ini,” katanya.

JPBNS turut memaklumka­n bahawa PKPD di Kampung Batu Gong, Siburan dan Serian dilanjutka­n untuk tempoh 14 hari lagi bermula 10 hingga 23 April ini.

Lanjutan tempoh PKPD ini dibuat berikutan masih berlaku penularan jangkitan serta terdapat kes baharu yang dikesan dalam kalangan komuniti di lokaliti tersebut.

Manakala PKPD di Kampung Chupak, Siburan, Serian diisytihar­kan tamat mengikut jadual pada 9 April 2021.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia