Utusan Borneo (Sarawak)

Meradong rekod kes jangkitan harian tertinggi sebanyak 121 kes, Bintulu (48), Miri (43), Sibu (36)

-

KUCHING: Sarawak semalam merekodkan sebanyak 332 kes jangkitan baharu COVID-19 dengan dua lagi kematian di Sibu.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan berkata, Meradong merekodkan kes jangkitan harian tertinggi iaitu sebanyak 121 kes diikuti Bintulu (48), Miri (43) dan Sibu (36).

Kes-kes lain direkodkan di Kuching (24), Samarahan (13), Julau (6), Asajaya (4), Beluru (4), Daro (4), Sarikei (4), Serian (4), Sri Aman (4), Betong (3), Kapit (3), Mukah (3), Sebauh (2), Subis (2), Belaga, Dalat, Limbang dan Tebedu masing-masing satu kes.

Ini menjadikan jumlah keseluruha­n kes jangkitan COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 18,496 kes setakat ini dengan 116 kematian.

“Daripada 332 kes baharu yang dilaporkan, 161 kes merupakan saringan individu dalam kluster aktif sedia ada manakala 114 kes merupakan saringan individu yang mempunyai kontak kepada kes positif COVID-19.

“Manakala 27 kes merupakan saringan-saringan lain di fasiliti kesihatan, 26 kes merupakan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan, tiga kes melibatkan individu yang balik dari negeri-negeri lain dalam Malaysia dan satu kes melibatkan individu yang balik dari luar negara iaitu dari Taiwan,” katanya.

Mengenai kes kematian yang direkodkan semalam, kes kematian ke-115 merupa

Daripada 332 kes baharu yang dilaporkan, 161 kes merupakan saringan individu dalam kluster aktif sedia ada manakala 114 kes merupakan saringan individu yang mempunyai kontak kepada

” kes positif COVID-19.

kan kes ke-16,172 melibatkan seorang lelaki warga tempatan berumur 61 tahun yang telah dimasukkan ke Hospital Sibu kerana mengalami sakit dada.

Saringan ujian rt-PCR telah dibuat pada 29 Mac 2021 berikutan kes mengalami masalah kesukaran bernafas dan disahkan positif COVID19 pada 29 Mac 2021.

“Keadaan kesihatan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 5 April 2021. Kes mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi, penyakit kencing manis, penyakit jantung dan penyakit buah pinggang kronik,” katanya.

Bagi kes kematian ke-116 pula, ia merupakan kes ke17,373 melibatkan seorang perempuan warga tempatan berumur 86 tahun yang juga telah dimasukkan ke Hospital Sibu kerana mengalami gejala demam.

“Saringan ujian rt-PCR telah dibuat dan disahkan positif pada 3 April 2021. Keadaan kesihatan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 6 April 2021.

“Kes juga mempunyai komorbid penyakit paru-paru kronik (COPD), penyakit darah tinggi, penyakit kencing manis dan kegagalan fungsi buah pinggang,” katanya.

JPBNS turut memaklumka­n terdapat 158 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj iaitu dari Hospital Miri (35), Hospital Umum Sarawak (34), Hospital Sibu (19), Hospital Sarikei (17), PKRC di bawah Hospital

Kapit (17), Hospital Bintulu (12), PKRC Serian (6), PKRC di bawah Hospital Sri Aman (6), PKRC di bawah Hospital Mukah (5), Hospital Limbang (4) dan PKRC Betong (3).

Ini menjadikan jumlah keseluruha­n kes positif COVID-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj setakat semalam adalah seramai 15,087 orang atau 81.57 peratus daripada jumlah keseluruha­n kes COVID-19 di Sarawak.

Jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 3,234 orang.

Manakala 406 orang disyaki (PUI) baharu telah dilaporkan dan 11 PUI yang masih menunggu keputusan ujian makmal.

JPBNS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia