Utusan Borneo (Sarawak)

Pusat panggilan judi dalam talian meraih keuntungan RM120,000 sebulan diserbu

-

KUCHING: Sebuah pusat panggilan judi dalam talian yang beroperasi di sebuah pangsapuri di Jalan Stapok di sini dan memperoleh keuntungan mencecah RM120,000 sebulan diserbu polis kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan DSP Lim Jaw Shyong berkata serbuan dilakukan sekitar jam 9 malam hasil daripada maklumat dan risikan yang dilakukan.

“Hasil serbuan mendapati sindiket dipercayai sudah beroperasi beberapa bulan dengan menyewa pangsapuri tersebut untuk dijadikan ‘call centre’ judi dalam talian.

“Jumlah keuntungan kasar bagi sindiket ini mencecah sehingga RM4,000 sehari dan keuntungan sebulan RM120,000,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, lima individu berusia lingkungan 17 hingga 33 tahun termasuk dua lelaki dan seorang wanita warga asing ditangkap dalam operasi tersebut.

“Mereka adalah pekerja di premis tersebut dengan gaji sekitar RM2,000 sebulan,” katanya.

Turut dirampas dalam operasi tersebut ialah beberapa unit komputer riba, telefon bimbit dan peralatan komputer.

Siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

 ??  ?? SIASAT: Anggota polis menjalanka­n siasatan di lokasi kejadian.
SIASAT: Anggota polis menjalanka­n siasatan di lokasi kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia