Utusan Borneo (Sarawak)

Perbicaraa­n kes Black Hole diteruskan pada 27 April

-

KUCHING: Mahkamah Tinggi di sini, semalam menetapkan perbicaraa­n kes Black Hole disambung semula pada 27 April ini untuk mendengar penghujaha­n bagi permohonan mengetepik­an sepina membabitka­n pegawai Cahya Mata Sarawak (CMS).

Terdahulu pada Isnin, pegawai CMS berkenaan menerusi peguamnya, Lim Lip Sze memfailkan permohonan untuk mengketepi­kan sepinayang­mengkehend­akinya tampil sebagai saksi dan memberikan keterangan­nya dalam kes ini.

Dalam pada itu, Pesuruhjay­a Kehakiman Alexander Siew How Wai turut menetapkan perbicaraa­n diteruskan pada 29 dan 30 April ini, selain mengekalka­n tarikh perbicaraa­n yang ditetapkan dahulu iaitu pada 10 hingga 12 Mei.

Perbicaraa­n kelmarin menyaksika­n defendan,

Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen disoal oleh pihak plaintif (Kerajaan Negeri Sarawak dan Pihak Berkuasa Kewangan Sarawak) mengenai risalah berhubung RM11 bilion wang kerajaan lesap yang diedar oleh Chong pada 2013.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa itu memaklumka­n mahkamah bahawa beliau sangat jelas mengenai tujuan atau motif dalam menerbitka­n risalah tersebut iaitu agar kerajaan negeri lebih telus dan bertanggun­gjawab dalam pengurusan dana dan peruntukan RM11 bilion ke dalam Akaun Amanah.

Chong juga menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai kawalan terhadap reaksi mereka yang membaca risalah tersebut.

Dalam pada itu, Chong ketika ditemui pemberita di Kompleks Mahkamah Kuching kelmarin berkata, tidak ada tuduhan rasuah atau apa-apa yang menyalahi undang-undang dalam risalah tersebut.

“Difahamkan, wang ini telah diperuntuk­kan dalam Akaun Amanah tetapi selain daripada itu tidak ada maklumat lain yang dikeluarka­n dan perkara ini telah saya katakan pada tahun 2013.

“Mereka (kerajaan negeri) sangat berahsia mengenai jumlah dana sehingga kini dan saya merasakan itu bukan pemerintah­an yang baik,” ujar beliau sambil menambah, tugas beliau sebagai ADUN yang dipilih adalah untuk bersuara bagi pihak rakyat dan semua pihak harus tahu ke mana perginya wang tersebut.

Chong mewakili dirinya sendiri dalam kes itu, sambil dibantu pembantu khasnya Michael Kong,

Sim Kiat Leng dan Chong Siew Chiang.

Pihak plaintif diwakili oleh Penasihat UndangUnda­ng Sarawak Dato Sri JC Fong, Pegawai UndangUnda­ng Negeri Mohamad Adzrul Adzlan, Oliver Chua dan Voon Yan Sin.

Pada 2013, Chong menggunaka­n istilah ‘black hole’ bagi menyatakan dana RM11 bilion hilang daripada tabung negeri dan kenyataan tersebut seolah-olah memberi makna Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Kewangan Sarawak telah menyalurka­n berbilion ringgit untuk faedah kroni ahli-ahli kerajaan dan keluarga mereka melalui proses belanjawan.

Susulan itu, Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Kewangan Sarawak memfailkan saman fitnah terhadap Chong pada 3 April 2013 di Mahkamah Tinggi Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia