Utusan Borneo (Sarawak)

Rumah hangus terbakar di Kampung Lusut

-

MIRI: Sebuah rumah di Kampung Lusut di sini musnah sepenuhnya dalam kebakaran yang berlaku awal pagi semalam.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kebakaran kira-kira jam 6.19 pagi.

“Sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral diketuai Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Abang Muhd Fhazil bergegas ke lokasi kejadian sejurus terima panggilan kecemasan.

“Tiba di lokasi, komander operasi melaporkan memang benar berlaku kebakaran sebuah rumah jenis kekal setingkat berukuran 15 kaki kali 15 kaki persegi yang telah musnah 100 peratus,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.

Law berkata, semasa kejadian penghuni rumah telah keluar menghantar anaknya ke sekolah.

“Kebakaran tersebut disedari jiran mangsa yang kebetulan ingin keluar ke bandar dan dikatakan kebakaran dilihat bermula dari dapur mangsa.

“Pasukan bomba bertindak memadam kebakaran menggunaka­n salur bantu mula pertama dan kedua sehingga api padam sepenuhnya,” ujarnya.

Operasi tersebut turut dibantu enam anggota BBP Lopeng diketuai PBK II Ellai Bidang.

 ??  ?? GEGAS: Anggota bomba berusaha memadamkan api yang memusnahka­n rumah tersebut.
GEGAS: Anggota bomba berusaha memadamkan api yang memusnahka­n rumah tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia