Utusan Borneo (Sarawak)

Helah lelaki jual loteri awam tanpa lesen di dalam kereta terbongkar

-

BAU: Helah seorang lelaki menjual loteri awam tanpa lesen di dalam keretanya bagi mengelak dikesan polis terbongkar dalam satu operasi semalam.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon berkata anggotanya menjalanka­n intipan selama 15 minit di Jalan Ong Guan Chen sebelum menyerbu sebuah kenderaan jenis pelbagai guna (MPV) iaitu sekitar jam 8.25 pagi.

Menurutnya, hasil pemeriksaa­n mendapati terdapat seorang lelaki berusia 41 tahun yang disyaki ejen menjual loteri awam tanpa lesen.

“Hasil pemeriksaa­n telefon bimbit suspek juga menjumpai aplikasi untuk penjualan loteri awam tanpa lesen dan turut ditemui ialah sekeping kertas bertulis angka-angka disyaki loteri awam,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Suspek kemudian ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Pasukan serbuan turut merampas telefon bimbit, kertas dan sejumlah wang tunai untuk siasatan lanjut.

“Suspek boleh didenda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih daripada RM200,000 atau hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun jika disabitkan kesalahan,” tegas Poge.

Justeru, Poge memohon kerjasama orang ramai agar melaporkan terus kepada pihak polis sekiranya ada kegiatan menjual loteri awam tanpa lesen di tempat masing-masing.

“Laporkan terus kepada kami agar tindakan segera dapat diambil,” ujar Poge.

 ??  ?? DICEKUP: Suspek ditangkap ketika dipercayai sedang leka menjual loteri awam tanpa lesen di dalam keretanya.
DICEKUP: Suspek ditangkap ketika dipercayai sedang leka menjual loteri awam tanpa lesen di dalam keretanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia