Utusan Borneo (Sarawak)

Sistem perparitan di Taman Gamang dinaik taraf

-

SRIAMAN:Sistemperp­aritan di Taman Gamang, dekat sini bakal dinaik taraf Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Bahagian Sri Aman.

Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis menjelaska­n, kontrak projek berkenaan telah ditawarkan kepada DNAJ Enterprise dengan kos siling RM300,000 melalui peruntukan Projek Pembanguna­n Luar Bandar (RTP) Dewan

Undangan Negeri (ADUN) Simanggang.

Projek tersebut perlu bagi menangani masalah banjir kilat yang kerap berlaku di kawasan perumahan tersebut yang berpunca daripada parit tersumbat dan sistem pengaliran yang tidak mampu menampung limpahan air yang banyak, kata Harden selepas melakukan tinjauan projek di sini, kelmarin.

Sehubungan itu, beliau mengingatk­an kontraktor agar bertanggun­gjawab melaksanak­an projek mengikut jadual, menyiapkan kerja dengan kemas dan memastikan segala-galanya memuaskan bagi keselesaan penduduk.

Mengiringi beliau pada tinjauan tersebut ialah wakil JPS Sri Aman Azizi Dahlan dan Khairul Hakimi Suhaili serta Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Taman Gamang Nicholas Nyalung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia