Utusan Borneo (Sarawak)

Pemuda PBB ingatkan BERSATU tidak campur tangan dalam jentera parti

-

KUCHING: Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mengingatk­an Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) tidak campur tangan dalam jentera parti ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“Pemuda PBB juga menyambut baik sokongan moral yang dilafazkan BERSATU Malaysia ke arah memastikan kemenangan besar GPS pada PRN Ke-12 akan datang, namun memberi peringatan supaya BERSATU tidak campur tangan dalam jentera parti ketika pilihan raya,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Pemuda PBB yakin GPS akan menjadi pilihan utama rakyat Sarawak pada PRN12, berasaskan prestasi, pencapaian dan polisi kerajaan pimpinan GPS yang sentiasa mengutama dan mementingk­an rakyat.

Pergerakan itu juga yakin GPS akan bertanding di kesemua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN12 dan diberikan mandat sekali lagi oleh rakyat untuk terus menerajui negeri ini.

“Pemuda PBB akan terus berdiri teguh menyokong kepimpinan Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sebagai Ketua Menteri Sarawak.

“Pemuda PBB menyokong penuhkenya­taanAbangJ­ohari selaku pengerusi GPS dalam menyatakan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri bagi menjamin kestabilan negara,” katanya.

Tambahnya, kebijaksan­aan pucuk kepimpinan Muhyiddin di peringkat pusat dan Abang Johari di peringkat negeri telah membolehka­n isu pandemik COVID-19 ditangani dengan berkesan melalui pendekatan prihatin rakyat.

 ??  ?? SELESA: Malcom (kiri) dan Simoi semasa menerima suntikan dos kedua vaksin di Pusat Pemberian Vaksin COVID-19 di Dewan Suarah Sri Aman, kelmarin.
SELESA: Malcom (kiri) dan Simoi semasa menerima suntikan dos kedua vaksin di Pusat Pemberian Vaksin COVID-19 di Dewan Suarah Sri Aman, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia