Utusan Borneo (Sarawak)

UCTS diberi tanggungja­wab kaji khazanah negeri

Enam bulan siapkan kajian,kertas kerja pulihara bangunan Muzium Memorial Hospital Lau King Howe

- Oleh Andy Sabang

Bukan sahaja di Sarawak, Muzium Memorial Hospital Lau King Howe merupakan satu-satunya muzium

” hospital yang terdapat di negara ini.

Dr Annuar Rapaee

SIBU: Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS) diberi masa kira-kira enam bulan bagi menyiapkan kajian serta kertas kerja bagi memulihara bangunan Muzium Memorial Hospital Lau King Howe.

Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapaee berkata, sebanyak RM50,000 disalurkan sebagai peruntukan awal bagi tujuan tersebut.

Katanya, Muzium Memorial Hospital Lau King Howe wajar terus dipelihara kerana ia salah satu khazanah terpenting di negeri ini.

“Bukan sahaja di Sarawak, Muzium Memorial Hospital Lau King Howe merupakan satu-satunya muzium hospital yang terdapat di negara ini.

“Selain itu, muzium ini harus dipelihara kerana ia merupakan salah satu ikon atau destinasi yang mampu

Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi

menarik kedatangan pelancong dari dalam dan luar Sibu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) di antara Persatuan Muzium Memorial Hospital Lau King Howe dan UCTS semalam.

Menurut Dr Annuar, sebahagian besar bangunan hospital berkenaan yang berusia hampir 100 tahun telah dirobohkan dan kini hanya tinggal satu bahagian bangunan yang agak kecil.

Katanya, tindakan itu dilakukan bagi memberi laluan kepada pembanguna­n di kawasan tersebut.

“Jadi saya serahkan kepada pakar (UCTS) untuk mengikhtia­rkan cara untuk memulihara bangunan muzium ini.

“Apabila kertas cadangan pemulihara­an siap kelak, saya akan sampaikan kepada kerajaan negeri selain mendapatka­n sejumlah peruntukan,” ujar beliau.

Jelas Dr Annuar, ramai penduduk negeri ini lahir di hospital tersebut dan antara lain sebab mengapa bangunan muzium ini harus dipelihara supaya ia dapat menjadi suatu kebanggaan masyarakat bukan sahaja di

Sibu tetapi juga di seluruh Sarawak.

Sementara itu Pengerusi Muzium Memorial Hospital Lau King Howe Temenggung Datuk Vincent Lau berkata, setiap tahun purata pengunjung muzium tersebut sejak dibuka kepada orang ramai pada 2008 ialah kira-kira 8,000 orang.

Katanya, daripada jumlah itu seramai 3,398 pengunjung adalah dari luar daerah Sibu.

“Pada bulan Mei tahun lepas, selepas ditutup akibat pandemik COVID-19, bilangan pengunjung yang datang ialah kira-kira 1,777 orang sebelum ditutup semula susulan pelaksanaa­n semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” ujar beliau.

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Senator Robert Lau Hui Yew dan Naib Canselor UCTS Profesor Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid.

 ??  ?? TERMETERAI: Dr Annuar (tengah) menyaksika­n upacara pertukaran dokumen di antara UCTS dan Persatuan Muzium Memorial Hospital Lau King Howe di Sibu, semalam.
TERMETERAI: Dr Annuar (tengah) menyaksika­n upacara pertukaran dokumen di antara UCTS dan Persatuan Muzium Memorial Hospital Lau King Howe di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia