Utusan Borneo (Sarawak)

PSB pasang 200 lampu jalan kuasa solar di luar bandar

-

SIBU: Parti Sarawak Bersatu (PSB) akan memasang sebanyak mungkin lampu jalan menggunaka­n kuasa solar di kawasan stretegik di luar bandar.

Presiden PSB Dato Sri Wong Soon Koh berkata, sebagai permulaan 200 unit lampu jalan akan dipasang khususnya di jalan utama, persimpang­an jalan serta kawasan terpencil.

“Semasa mengagihka­n bantuan makanan kepada penduduk yang terjejas akibat pandemik COVID19 baru-baru ini, saya ada menerima maklum balas daripada penduduk luar bandar yang memerlukan lampu jalan dipasang di kawasan mereka.

“Ini kerana pertama disebabkan keadaan gelap sering berlaku kemalangan terutama membabitka­n penunggang motosikal.

“Kedua sering berlaku kecurian membabitka­n pecah rumah dan di kebun-kebun milik penduduk,” ujarnya selepas merasmikan pemasangan lampu jalan solar di Jalan Paradom, semalam.

ADUN Bawang Assan itu berkata, selain kawasan Paradom lampu jalan berkuasa 400 watt itu juga akan dipasang di kawasan Sungai Bidut, Engkilo, Sungai Sadit dan sebagainya.

“Ini merupakan satu trend di mana seluruh dunia kini beralih kepada teknologi mesra alam iaitu kuasa solar,” jelasnya.

Wong berkata, pemasangan kemudahan ini juga bagi menambah kemudahan sedia ada yang telah disediakan kerajaan.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) katanya, tidak dapat membantu menyediaka­n lampu jalan yang diperlukan penduduk disebabkan kekurangan dana.

“Oleh itu, PSB tampil dengan memasang lampu jalan di kawasan-kawasan strategik bagi kemudahan penduduk luar bandar,” jelas beliau.

 ??  ?? KEMUDAHAN PENDUDUK: Wong (tiga kanan) membantu kerja-kerja pemasangan lampu jalan solar di kawasan Paradom.
KEMUDAHAN PENDUDUK: Wong (tiga kanan) membantu kerja-kerja pemasangan lampu jalan solar di kawasan Paradom.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia