Utusan Borneo (Sarawak)

Polis, tentera dan RELA perkukuh kerjasama di sempadan bahagian

-

TATAU: Kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) terus diperkukuh dengan mengadakan sekatan jalan raya bersama di sempadan bahagian Sibu dan Bintulu bagi memastikan individu atau orang luar yang memasuki Bintulu bebas daripada jangkitan COVID-19, sekali gus dapat mengurangk­an penularan kes wabak itu di Bintulu khususnya dan di negeri ini amnya.

Individu diwajibkan melakukan ujian saringan COVID-19 (rT-PCR) tiga hari sebelum memasuki Bintulu dan perlu mempunyai permit polis.

PDRM Daerah Tatau telah melaksanak­an sekatan jalan raya di Kilometer 18 Jalan Tatau-Sibu iaitu sempadan pentadbira­n bahagian Sibu dan Bintulu berkuat kuasa 5 hingga 18 April.

Sekatan jalan raya tersebut adalah selaras dengan pengumuman Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Bintulu pada 31 Mac lepas tentang pelaksanaa­n prosedur operasi standard (SOP) baharu menangani COVID19.

SOP penting ujian calitan rT-PCR tiga hari ke bahagian Bintulu adalah wajib yang membabitka­n keputusan ujian saringan dan permit polis.

Individu yang tiada ujian saringanda­npermitpol­isakan diminta berpatah balik dan tidak dibenarkan memasuki bahagian Bintulu.

Kebenaran keluar dari bahagian Bintulu termasuk kes-kes kecemasan adalah tertakluk kepada SOP yang ditetapkan.

Langkah memperketa­tkan sekatan jalan raya itu adalah bertujuan mengekang penularan wabak COVID-19 dan menjaga kesejahter­aan dan keselamata­n masyarakat negeri ini seluruhnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia