Utusan Borneo (Sarawak)

Bantuan khusus untuk wanita di kawasan DUN Jepak

-

BINTULU: Skuad Prihatin Berkhidmat Berbakti (SPBB) Sarawak Food Aid dan Woman For Woman Society telah menyumbang beberapa bantuan berupa tuala wanita khusus untuk golongan wanita yang memerlukan di Kampung Haji Ismail, Kampung Hilir, Kampung Seberang Jaya, Kampung Nour Iman dan Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Tatau di Kuala Tatau dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak semalam.

Sumbangan di bawah Program Trio Sinergi Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) itu bertujuan membantu meringanka­n bebanan perbelanja­an keluarga khususnya golongan wanita yang terjejas dari segi pendapatan dan kewangan bagi membeli keperluan itu semasa krisis pandemik COVID-19.

Sumbangan berjumlah 24 kotak tuala wanita itu disampaika­n Ketua Kaum (KK) Kampung Haji Ismail Haliza Mudin yang mewakili Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) merangkap ADUN Jepak Datuk Talib Zulpilip kepada penduduk yang memerlukan di kampung berkenaan.

Hadir sama pada penyampaia­n sumbangan itu ialah Othman Achim yang mewakili SPBB dan Zuliza Ibrahim yang mewakili NGO terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia