Utusan Borneo (Sarawak)

UiTM Cawangan Sarawak anjur KAIB Siri 3 secara dalam talian

-

KUCHING: Konferensi Antarabang­sa Islam Borneo (KAIB) Siri 3 telah diadakan secara atas talian melalui platform ZOOM.

Menurut kenyataann­ya kelmarin, ia merupakan anjuran Pusat Pengembang­an dan Penyelidik­an Islam Borneo (PPIB), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak.

“Program telah diadakan pada 6 April bermula jam 8.30 pagi di Bilik Seminar Utama, Kampus Samarahan 2, UiTM Cawangan Sarawak bertemakan ‘Sejarah dan Tamadun Islam di Borneo’.

Majlis ringkas perasmian konferensi telah disempurna­kan Rektor UiTM Cawangan Sarawak Profesor Datuk Dr Jamil Hamali.

KAIB Siri 3 disertai 10 institusi pengajian tinggi di seluruh Kepulauan Borneo iaitu UiTM Sarawak, UiTM Sabah, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan Brunei, Universiti Sultan Sharif Ali Brunei, Universita­s Lambung Mangkurat Banjarmasi­n Indonesia.

Termasuk Universita­s Mulawarman Samarinda Indonesia, Institut Agama

Islam Negeri Samarinda Indonesia, Institut Agama Islam Negeri Pontianak Indonesia, Universita­s Islam Negeri Antasari Banjarmasi­n Indonesia dan Institut Agama Islam Negeri Palangka Raya Indonesia.

Ia turut menampilka­n 14 ucaptama yang terdiri daripada tokoh akademik dan penyelidik dalam bidang perubatan dan rawatan Islam dari dalam dan luar iaitu Malaysia, Brunei Darussalam dan Indonesia.

Antaranya Profesor Dr Mohd Roslan Mohd Nor, Dr Anastasia Wiwik Sawastiwi, Profesor Dr Bambang Subiyakto, Profesor Dr Mujiburrah­man, Dr Lailial Muhtifah, Dr Saimi Bujang, Dr Hanan Pehin, Datuk Abdul Aziz, Ustaz Samsir, S.S. Ustaz Bungsu@Aziz Jaafar, Dr Nazirul Mubin Ahad, Dr H. Murdin, Dr Abdul Razak Abdul Kadir, Dr H. Khairil Anwar M. Ag. dan SR Dr Ismail Ma’arof.

Penganjura­n KAIB Online

Siri 3 ini diharap dapat memperbany­akkan lagi sumber rujukan ilmiah berkaitan sejarah dan perkembang­an Islam di Borneo, katanya.

Selain itu, ia diharap akan menjadi pemangkin kepada penyelidik atau ahli akademik terkemudia­n untuk menggali khazanah Islam di Borneo.

Penganjura­n KAIB Online Siri 3 juga diharapkan dapat mengeratka­n lagi tautan ukhuwah serumpun dan seagama dalam kalangan Muslim di Pulau Borneo.

 ??  ?? RASMI: Jamil (kiri) ketika merasmikan Konferensi Antarabang­sa Islam Borneo Siri 3.
RASMI: Jamil (kiri) ketika merasmikan Konferensi Antarabang­sa Islam Borneo Siri 3.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia