Utusan Borneo (Sarawak)

Ia bagi kemudahan petani di kawasan tersebut pasarkan hasil pertanian masing-masing: Safiee

- Oleh Mohamad Achil Norrlatep

MUKAH: Satu tapak kekal khas bagi Pasar Tani Daro bakal diusahakan bagi kemudahan golongan petani di kawasan itu memasarkan hasil pertanian masingmasi­ng.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Safiee Ahmad berkata, ia bagi memberikan kemudahan lengkap serta suasana lebih kondusif kepada golongan itu berniaga.

“Kita akan berbincang dan berunding dengan pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) tentang hal ini,” katanya ketika lawatannya ke Pasar Tani Daro baru-baru ini.

Menurutnya, perkara itu amat perlu kerana sambutan para peserta terhadap pasar tani dilihat amat memberangs­angkan.

Jika Daro mempunyai sebuah pasar tani kekal, ia akan

Kita akan berbincang dan berunding dengan pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) tentang hal

” ini.

Safiee Ahmad

ADUN Daro

mempunyai lebih banyak kemudahan yang bukan sahaja menguntung­kan para petani malah pengunjung.

Ia juga boleh menjadi salah satu lokasi tarikan baharu bagi pelawat apabila mengunjung­i pekan Daro.

Majlis Daerah Matu Daro (MDMD) juga katanya, telah bersedia menyediaka­n satu tapak yang lebih luas dan bebas memandangk­an sambutan yang amat memberangs­angkan daripada petani.

Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa Medan Selera Daro telah siap sepenuhnya dan akan beroperasi tidak lama lagi.

Antara kemudahan lain yang turut membantu sektor ekonomi di Daro adalah Anjung Usahawan dan Bandar Baharu Daro Ke-2 yang bakal dibina.

Pada majlis itu, Safiee menyumbang 40 kanopi dan 10 meja mudah alih kepada peserta Pasar Tani Daro.

Ahli Parlimen Igan Ahmad Johnie Zawawi pula menyumbang RM4,000 kepada Jawatankua­sa Pasar Tani Daro.

Majlis turut menyaksika­n penyerahan Kenyalang Gold Card kepada Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) di kawasan Daro.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia