Utusan Borneo (Sarawak)

JPBB Bintulu diarah mengubah suai arahan kemasukan ke bahagian itu

-

KUCHING: Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Bintulu diarah mengubah suai arahan kemasukan ke bahagian itu bagi memudahkan pergerakan orang ramai yang perlu melalui Bintulu.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, sebelum ini jawatankua­sa berkenaan telah memperketa­tkan kemasukan di mana mereka yang mahu memasuki Bintulu perlu menjalani ujian calitan tiga hari sebelum perjalanan selain permit rentas daerah.

“Kita telah mengarahka­n kepada jawatankua­sa bahagian Bintulu untuk mengubah suai arahan berkenaan bagi memudahkan pergerakan mereka yang melalui Bintulu dan mahu ke Miri.

“Kita berharap mereka akan mengusahak­annya bagi memastikan semua perjalanan atau pergerakan berjalan lancar dan menasihati mereka untuk mencari mekanisme terbaik dalam perkara ini,” katanya yang juga pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) pada sidang media di sini, kelmarin.

Beliau berkata, arahan berkenaan telah menjadi isu bukan sahaja kepada pemandu serta penumpang bas ekspres tetapi pemandupem­andu kargo dan yang lain, yang melalui Bintulu untuk ke destinasi lain tetapi terpaksa berpatah balik disebabkan tidak menjalani ujian calitan COVID-19.

Uggah berkata, apa yang dilakukan oleh jawatankua­sa bahagian itu adalah demi menjaga keselamata­n dan kebaikan penduduk di sana memandangk­an kes harian di Bintulu sangat tinggi di mana semalam sahaja 52 kes direkodkan.

“Bintulu juga merupakan kawasan perindustr­ian, ramai yang datang ke sana untuk bekerja dan mungkin ada yang balik ke kampung dan datang semula, mungkin ada positif.

“Atas sebab itu juga mereka memohon agar sesiapa masuk ke Bintulu perlu menjalani ujian calitan COVID-19 tiga hari sebelum masuk ke bahagian Bintulu,” tegasnya.

Beliau berharap orang ramai atau mereka yang terjejas agar bersabar dengan mekanisme yang diguna pakai itu.

Jelasnya, beliau percaya ia tidak akan mengambil masa yang lama iaitu 14 hari dan dengan tindakan itu juga ia bukan sahaja mengurangk­an kes tetapi mengurangk­an kesesakan di hospital serta kemudahan kuarantin di Bintulu.

Sebelum ini Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing berkata, pemandu dan penumpang bas ekspres dari daerah lain yang berhenti atau transit di Bintulu kini perlu mengemukak­an keputusan saringan bebas COVID-19 selain permit rentas daerah.

Menurutnya, ujian saringan rt-PCR itu perlu dilakukan tiga hari sebelum perjalanan sebagai langkah memperketa­tkan prosedur operasi standard bagi mengekang penularan COVID-19 di sini.

“Ini adalah untuk semua pemandu dan penumpang, walaupun pemandu boleh mendapatka­n permit masuk yang sah untuk 14 hari.

“Pengusaha bas yang berkaitan mesti menyatakan dengan jelas destinasi penumpang, walaupun hanya melalui Bintulu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia