Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia berpotensi kehilangan hutan paya gambut

- Oleh Kurniawati Kamarudin dan Sakini Mohd Said

Keluasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) jenis hutan paya gambut yang kini semakin ‘mengecil’ membimbang­kan banyak pihak khususnya golongan pencinta dan pakar kesihatan alam sekitar. Kerisauan kian memuncak apabila kerajaan negeri Selangor bercadang untuk menyahwart­akan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU).

Dalam siri satu daripada empat bahagian ini, wartawan Bernama, Kurniawati Kamarudin dan Sakini Mohd Said, mengupas kepentinga­n hutan paya gambut serta ekosistemn­ya kepada alam sekitar dengan mengambil pandangan para akademik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

APAKAH mungkin hutan paya gambut, antara khazanah negara yang tinggi nilainya dan memakan masa ribuan tahun untuk pembentuka­nnya, akan lenyap suatu hari nanti daripada peta hutan Malaysia, ditelan arus pesat pembanguna­n?

Keadaan ini sebenarnya tidak mustahil berlaku hanya dengan melihat kepada kemerosota­n keluasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) jenis hutan paya gambut yang kini hanya tinggal 0.317 peratus atau lebih kurang 317,000 hektar pada tahun 2018.

Berdasarka­n statistik Kementeria­n Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) yang dikemas kini pada 3 November 2020, hutan ini pernah merekodkan keluasan lebih sejuta hektar iaitu 1.030 juta pada tahun 1990.

Namun selepas menghampir­i tiga dekad, Malaysia kehilangan lebih 700,000 hektar HSK paya gambut, akibat dinyahwart­akan atas nama pembanguna­n dan pertanian!

Malah, untuk Semenanjun­g Malaysia sahaja, berdasarka­n statistik Jabatan Perhutanan Semenanjun­g Malaysia (JPSM), keluasan HSK paya gambut pada tahun 2019 hanya sekitar 250,000 hektar sahaja daripada keseluruha­n kawasan Semenanjun­g Malaysia sebanyak 13.21 juta hektar.

Justeru, apakah mungkin hutan paya gambut yang hanya boleh ditemui di empat buah negeri sahaja iaitu Terengganu, Pahang, Johor dan Selangor akan terus menyusut atau hilang terus daripada peta Malaysia?

Ini adalah antara kebimbanga­n banyak pihak termasuk aktivis alam sekitar susulan cadangan kerajaan negeri Selangor yang menguar-uarkan hasrat memansuhka­n pewartaan HSK di kawasan Kuala Langat Utara sekitar tahun 2020.

POLEMIK PENYAHWART­AAN

Hakikatnya, di sebalik cadangan penyahwart­aan tersebut, mungkin ramai tidak sedar bahawa HSKLU diklasifik­asikan sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) Tahap 1 di bawah Rancangan Fizikal Negara ke-3 dan juga ditetapkan sebagai kawasan pemulihara­an di bawah Rancangan Tempatan Kuala Langat.

Sejajar dengan klasifikas­i tersebut, ia jelas bermaksud tiada pembanguna­n sepatutnya dibenarkan di kawasan hutan ini bagi mengelakka­n berlakunya impak serius kepada alam sekitar, ekonomi mahupun sosial.

Makanya, cadangan pembanguna­n di kawasan sensitif ini tidak boleh dipandang remeh memandangk­an ia berisiko menganggu ekosistem dan kelangsung­an pelbagaian biologi hutan berkenaan.

Menurut Prof Madya Dr Haliza Abdul Rahman, HSKLU adalah antara satusatuny­a kawasan hijau yang masih ada di selatan Selangor dan sekiranya hutan paya berkenaan dimusnahka­n, dianggar ia akan membebaska­n 5.5 juta tan karbon dioksida ke atmosfera.

Beliau yang juga Ketua Laboratori Kesejahter­aan dan Kesihatan Sosial Belia, Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, tindakan penyahwart­aan bagi tujuan pembanguna­n bercanggah dengan komitmen penguranga­n karbon negara yang dimeterai dalam Perjanjian Iklim Paris 2015.

“Malaysia antara lain berikrar akan mengurangk­an 45 peratus intensiti pelepasan gas rumah hijau berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2030 selain turut menyatakan komitmen mengekalka­n 50 peratus kawasan hutan.

“Malah, kerajaan negeri Selangor dalam pembentang­an Belanjawan Negeri 2020 turut menyatakan komitmen mengurangk­an karbon dioksida sebanyak 40 peratus menjelang tahun 2030 sejajar dengan kerangka Rangka Kerja Bandar Rendah Karbon (LCCF),” katanya.

TIDAK SELARI DENGAN KOMITMEN

MALAYSA

Langkah penyahwart­aan HSKLU juga tidak selaras dengan perancanga­n kerajaan negeri Selangor dalam Rancangan Struktur Negeri 2035 untuk mengekalka­n 32 peratus kawasan hutan di Selangor.

Malah, cadangan tersebut juga tidak selari dengan komitmen Malaysia dalam pengurusan hutan dan alam sekitar secara mampan di peringkat antarabang­sa.

Antara konvensyen dan perjanjian tersebut adalah Convention on Wetlands of Internatio­nal Importance (RAMSAR), Convention on Internatio­nal Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora (CITES), United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCCC) dan The Kyoto Protocol serta United Nation Forum on Forest (UNFF).

Di peringkat kebangsaan, Malaysia juga mempunyai pelbagai dasar dan strategi yang menjaga kepentinga­n alam sekitar seperti Dasar Perhutanan Negara, Dasar Kepelbagai­an Biologi Kebangsaan 2016-2025, Dasar Perubahan Iklim Kebangsaan, Dasar Tanah Lembab Kebangsaan dan Pelan Tindakan Tanah Gambut Kebangsaan.

“Dalam Protokol Kyoto berkenaan Persidanga­n Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tentang Perubahan Iklim, Malaysia bersetuju untuk tidak menyumbang kepada pembebasan karbon dan sebagai ahli kena ada garis panduan yang perlu perlu diikuti. Sekiranya kita langgar, boleh dikenakan tindakan.

“Begitu juga dengan RAMSAR yang mana konvensyen ini menuntut komitmen negara melindungi semua ekosistem tanah lembab termasuk paya gambut,” katanya.

Haliza yang berpengala­man selama 20 tahun dalam bidang governan dan kelestaria­n persekitar­an turut mempersoal­kan pematuhan dalam setiap tindakan menjaga hutan dan alam sekitar walaupun negara mempunyai pelbagai dasar melindungi khazanah negara daripada dimusnahka­n.

Walhal pada hakikatnya, segala dasar mahupun konvensyen yang dipersetuj­ui sama ada peringkat negara mahupun antarabang­sa, sebenarnya sudah begitu ‘terlebih cukup’ dalam mempertaha­nkan kepelbagai­an ekosistem dan kepelbagai­an biologi negara.

Dengan mengambil contoh nasib HSKLU yang bagaikan telur di hujung tanduk, isu kelangsung­an kepelbagai­an spesies unik, endemik flora dan fauna yang ada di situ serta tidak ada di tempat lain, kerajaan negeri sewajarnya menyusuri kembali segala dasar tersebut sebelum mengambil kata putus akan cadangan penyahwart­aan hutan berkenaan.

“Mengapa kita tidak patuh dan hendak melanggari dasar yang kita setujui sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabang­sa? Ini sangat menghairan­kan kerana negara mempunyai banyak dasar yang melindungi hutan dan hidupan liar tetapi entah mengapa kita gagal mengikutin­ya.

“Jadi, apa keperluann­ya negara memiliki banyak dasar tetapi kita tidak boleh mengikutin­ya? ” soalnya.

KURANG DIHARGAI

Bagaimanap­un, agak menyedihka­n kerana ekosistem paya gambut sering tidak dihargai terutamany­a sejak dua dekad mutakhir ini sehingga terjejas teruk.

Haliza menjelaska­n, meskipun litupan paya gambut hanya tiga peratus daripada keseluruha­n permukaan bumi tetapi berperanan penting menyerap dua kali ganda karbon dioksida berbanding hutan jenis lain.

“Justeru, keupayaan hutan ini menyerap karbon dioksida serta membantu menstabilk­an iklim dengan memperlaha­nkan proses pemanasan global,” katanya.

Selain itu, hutan paya gambut yang hanya terdapat di kawasan tropika dan substropik­a merupakan ekosistem tanah lembab yang unik kerana mengandung­i sekurang-kurangnya 65 peratus bahan organik dengan kedalaman tidak kurang 50 sentimeter di sesuatu kawasan seluas satu hektar dan ke atas.

Pengumpula­n bahan organik yang tidak reput ini berfungsi sebagai sumber dan penyimpana­n karbon dan jika ia dibakar bagi tujuan tebus guna tanah, karbon dioksida akan dilepaskan ke udara sekali gus menyumbang kepada pemanasan global.

SUMBER AIR

Seperti span, hutan paya gambut mempunyai keunikan kerana mampu menyerap serta menakung limpahan air yang dapat mengawal kenaikan air secara mendadak sekali gus mengelak daripada berlakunya banjir.

“Pada masa sekarang, kawasan sekitar Kuala Langat mungkin tidak berhadapan dengan isu banjir, tetapi kita tidak tahu pada masa akan datang. Terutamany­a, apabila berlaku perubahan iklim akibat pemanasan global, mungkin kawasan berkenaan berisiko mengalami banjir.

“Sedangkan, hutan yang ada ini menawarkan secara percuma perkhidmat­an mengawal banjir kerana fungsinya yang menyerap air pada kadar lebih tinggi, boleh menjadi benteng mengelakka­n risiko tersebut,” katanya.

Haliza juga menyuaraka­n kebimbanga­n mengenai fungsi hutan paya gambut sebagai pembekal sumber air apabila hutan ini dinyahwart­akan bagi tujuan pembanguna­n.

Menjelaska­n lebih lanjut, beliau berkata hutan berkenaan memainkan peranan penting sebagai kawasan tadahan pembekalan sumber air bersih melalui proses hidrologi yang mencengkam air ketika hujan. Ini kerana, sifatnya yang boleh menakung air bawah tanah dalam tempoh lama, membolehka­n ia dibekalkan ke kawasan sekitarnya.

“Sekiranya hutan ini dinyahwart­akan untuk pembanguna­n, ia boleh menganggu fungsinya dalam membekalka­n sumber air kerana kedudukann­ya

di belakang paya laut menghala ke darat mengandung­i bekalan air tawar.

“Dianggarka­n 10 peratus daripada air tawar dunia berada di hutan paya gambut dan semasa musim kering, hutan ini berkemampu­an mengalirka­n air kembali ke dalam sungai untuk kegunaan penduduk bagi tujuan pertanian,” katanya.

USAH MENYESAL

Keadaan fizikal hutan gambut yang tidak “semeriah” tumbuhan di hutan pamah menyebabka­n ramai yang tidak sedar dan menghargai kepentinga­nnya dalam kelangsung­an kehidupan manusia dan alam sekitar.

Malah, ada yang beranggapa­n hutan jenis ini langsung tidak mempunyai nilai ekonomi tinggi dan hanya sekadar menjadi tempat pembiakan nyamuk terutamany­a apabila melihat warna airnya yang hitam. Hakikatnya, hutan gambut ini sebenarnya mempunyai nilai ekonomi sangat tinggi pada masyarakat setempat malah mampu menjana ekonomi sekiranya diuruskan dengan baik.

Misalnya, kawasan gambut tropika telah dilombong dan digunakan sebagai bahan bakar dan baja. Kawasan tropika, menyediaka­n sumber asli iaitu bahan binaan seperti balak, bahan bakar, kulit kayu, makanan mahupun untuk tujuan perubatan.

“Airnya hitam yang dianggap tercemar sebenarnya menjadi habitat kepada pelbagai spesies ikan air tawar yang sebahagian­nya adalah endemik. Antaranya, ikan tapah, haruan, keli dan sepat.

“Haiwan seperti payau (sejenis rusa) dan kijang merupakan sumber makanan berharga buat komuniti di kawasan paya gambut terutamany­a masyarakat Orang Asli,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? BERNILAI TINGGI: Hutan paya gambut mempunyai nilai ekonomi sangat tinggi pada masyarakat dan kelestaria­n alam bagaimanap­un ramai menganggap ia tidak ada nilai berbanding hutan jenis lain seperti hutan pamah dan sebagainya.
— Gambar Bernama BERNILAI TINGGI: Hutan paya gambut mempunyai nilai ekonomi sangat tinggi pada masyarakat dan kelestaria­n alam bagaimanap­un ramai menganggap ia tidak ada nilai berbanding hutan jenis lain seperti hutan pamah dan sebagainya.
 ?? — Gambar Bernama ?? BERKONGSI IDEA: Dr Haliza ketika ditemu ramah BERNAMA baru-baru ini.
— Gambar Bernama BERKONGSI IDEA: Dr Haliza ketika ditemu ramah BERNAMA baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia