Utusan Borneo (Sarawak)

Portal sehenti HPC sediakan lebih 50,000 peluang pekerjaan

HPC akan menjelajah ke seluruh pelosok negara demi mendapatka­n peluang untuk menjalinka­n kerjasama: Saravanan

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

“HPC merupakan satu inisiatif yang melengkapi usaha kementeria­n untuk menangani cabaran penganggur­an vang dihadapi oleh negara kesan daripada ” COVID-19. Datuk Seri M Saravanan Menteri Sumber Manusia

KUALA LUMPUR: Portal Pusat Penempatan HRDF (HPC) menyasar untuk mewujudkan 50,000 penempatan pekerjaan dan peluang menjana pendapatan pada tahun ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, HPC merupakan salah satu program Pembanguna­n Sumber Manusia Berhad (PSMB) dalam menyediaka­n platform yang mampu menghasilk­an puluhan ribu peluang pekerjaan serta pendapatan kepada seluruh rakyat Malaysia.

“HPC merupakan satu inisiatif yang melengkapi usaha kementeria­n untuk menangani cabaran penganggur­an vang dihadapi oleh negara kesan daripada COVID-19.

“Dengan penempatan segera, rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang, kemahiran dan pengalaman akan dapat memperoleh sokongan dan bimbingan yang diperlukan untuk memulakan serta membina perjalanan kerjaya mereka,” katanya berucap pada Majlis Pelancaran HPC di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) Selasa lalu.

Berucap lanjut, Saravanan berkata, bagi memastikan sasaran 50,000 peluang pekerjaan dan penjanaan pendapatan ini tercapai, HPC akan menjelajah ke seluruh pelosok negara demi mendapatka­n peluang untuk menjalinka­n kerjasama dengan pihak berkenaan.

“Sebelum HPC dilancarka­n lagi, PSMB telah menjalinka­n kerjasama dengan lebih 20 majikan, persatuan serta rakan strategik kerjaya dan hampir 20,000 pekerjaan boleh diakses.

“Bagaimanap­un, HPC bukanlah sebuah portal mencari pekerjaan, sebaliknya menyediaka­n penempatan pekerjaan dengan memberikan tumpuan kepada pembentuka­n seseorang individu terhadap pekerjaan menerusi latihan dan kursus disediakan.

“Saya percaya lebih banyak lagi peluang pekerjaan boleh dihasilkan menerusi platform HPC yang diperkenal­kan oleh HRDF ini.

“Oleh yang demikian, saya ingin menyeru agar lebih ramai rakyat Malaysia khususnya mereka yang hilang pekerjaan ataupun graduan yang masih menganggur untuk merebut peluang ini bagi mendapatka­n pekerjaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Eksekutif HRDF, Datuk Shahul Hameed berkata, pihaknya berbangga dapat mengumpulk­an rakan strategik, majikan, penyedia latihan dan jurulatih kerjaya dalam satu platform untuk menangani kekurangan tenaga kerja pada masa kini di samping menampung keperluan pekerjaan negara untuk jangka panjang.

“Saya yakin bahawa HPC akan mencapai sasaran untuk mencipta 50,000 peluang pekerjaan dan penjanaan pendapatan pada tahun ini.

“Calon dapat mengakses lebih 19,000 pekerjaan di HPC. Selain itu, kami berhasrat untuk menjadikan HPC sebagai pusat bagi tenaga kerja Malaysia untuk memperting­kat kemahiran dan pengetahua­n mereka.

“Pada masa sama ianya juga dapat memastikan majikan tidak hanya mencipta peluang baru, tetapi juga mendapatka­n tenaga kerja terbaik yang sesuai dengan keperluan perniagaan dan industri mereka.

“Ini sekali gus menjadikan HPC sebagai sumber yang sangat baik untuk meningkatk­an aspirasi pengembang­an modal insan Malaysia dalam jangka panjang,” katanya.

Sehingga ini, lebih 200 calon telah berjaya mendapatka­n pekerjaan melalui HPC. Mereka yang ingin mengakses pelbagai perkhidmat­an tersebut, boleh melayari hpc.hrdf.com.my.

 ??  ?? PELANCARAN HPC: Saravanan berucap pada majlis perasmian portal Pusat Penempatan HRDF (HPC) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) Selasa lalu.
PELANCARAN HPC: Saravanan berucap pada majlis perasmian portal Pusat Penempatan HRDF (HPC) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) Selasa lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia