Utusan Borneo (Sarawak)

Peneroka ladang Tennamaram minta kerajaan negeri selesaikan isu pajakan tanah

-

BESTARI JAYA: Kirakira 400 peneroka Ladang Tennamaram di Kampung Tanjung Pasir, Bestari Jaya di sini meminta campur tangan Kerajaan Negeri Selangor, dalam menyelesai­kan isu tanah yang diusahakan mereka sejak 1965 yang kini telah dipajak kepada dua syarikat.

Salah seorang peneroka, K.Siva, 44 tahun berkata, keluargany­a sudah 40 tahun mengusahak­an tanah di ladang tersebut, yang merupakan pendapatan utama untuk keluargany­a.

“Syarikat tersebut kini sedang membina jalan di ladang ini dan kami diberi tempoh masa tertentu untuk mengutip hasil pertanian, sebelum diarahkan keluar,” katanya.

“Kami ini orang miskin, kita cuma mampu bantah dan minta tolong seperti kepada media dan Ahli Parlimen (Tanjung Karang Tan Sri Noh Omar) untuk mendengar masalah kami. Selama 40 tahun kami berada di sini ini dan ini adalah punca rezeki kami,” katanya.

Noh dalam pada itu berkata, tanah ladang di Kampung Seri Makmur seluas 320 hektar itu, telah ditawarkan kepada dua syarikat tersebut sebagai tanah rizab kerajaan untuk diusahakan bagi tujuan pertanian dan penternaka­n bagi tempoh 21 tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia