Utusan Borneo (Sarawak)

Ribuan ditahan dalam operasi Interpol di Amerika Selatan

-

MOSCOW: Hampir 4,000 suspek di Amerika Selatan ditahan dan kira-kira 200,000 senjata api, peralatan, komponen, peluru serta bahan letupan disita dalam operasi dilancarka­n Interpol, lapor Sputnik.

Interpol dalam satu kenyataan kelmarin berkata, operasi ‘Trigger VI’ dengan kerjasama Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Dadah dan Jenayah (UNODC) dijalankan dari 8 hingga 28 Mac di 13 negara Amerika Selatan.

“Ratusan ribu orang diperiksa dan kenderaan digeledah. Operasi membabitka­n polis, kastam, pihak berkuasa sempadan dan pendakwa membolehka­n hampir 10,000 pemeriksaa­n dilakukan berdasarka­n pangkalan data INTERPOL untuk mengesan senjata api haram dan jenayah terancang.

“Senjata api haram menjadi ancaman serius terhadap keselamata­n dan kestabilan di Amerika Selatan. Justeru, kerjasama pelbagai agensi penting untuk mengenal pasti dan membongkar jenayah terancang dan kumpulan pengganas yang terlibat.

“Operasi Trigger VI berjaya merampas ribuan senjata haram milik penjenayah dan membuktika­n komitmen jitu penguatkua­saan di Amerika Selatan walaupun menghadapi cabaran pandemik,” kata Ketua Setiausaha Interpol Jurgen Stock.

Menerusi operasi itu anggota kumpulan jenayah di Uruguay berjaya ditahan; sejumlah besar senjata api di Peru dan Brazil disita; penahanan seorang warga Colombia yang dikehendak­i Interpol; lebih 21 tan kokain, ganja dan bahan kimia dirampas; dan 33 disyaki mangsa pemerdagan­gan orang diselamatk­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia