Utusan Borneo (Sarawak)

Calon pilihan raya Mexico lancar kempen dalam keranda

-

CIUDAD JUÁREZ: Calon kongres Mexico melancarka­n kempen pilihan raya dalam keranda kelmarin untuk menekankan kematian beribu-ribu mangsa pandemik COVID-19 dan kematian berkaitan keganasan kartel di negara itu.

Carlos Mayorga, calon daripada parti Encuentro Solidario di utara negeri Chihuahua, berkata beliau menghantar mesej kepada ahli politik bahawa rakyat berada di ambang kematian “akibat sikap tidak ambil peduli mereka.”

Mayorga tiba dalam keranda berwarna emas semasa kempen itu di sebuah jambatan antara sempadan Mexico antara daerah Ciudad Juarez dan El Paso, Texas.

Beliau diiringi oleh pembantu kesihatan yang lengkap berpakaian dengan peralatan perlindung­an diri (PPE) dan membawa jambangan bunga untuk menarik perhatian pada kadar kematian COVID-19 di Mexico yang seramai 200,000 orang, salah satu angka tertinggi di dunia.

“Ahli politik telah berdiam diri tentang kadar tinggi jenayah terancang. Mereka telah berdiam diri tentang situasi kelam-kabut COVID19,” kata Mayorga.

Lebih 300,000 orang maut di Mexico selepas kerajaan mengerah pasukan tentera untuk memerangi kartel dadah sejak 2006, menurut statistik rasmi.

Kempen bagi pilihan raya Jun itu telah membangkit­kan keganasan politik yang mengakibat­kan 16 calon dibunuh setakat ini.

 ?? — Gambar AFP ?? KEMPEN: Mayorga melancarka­n kempen pilihan raya dalam sebuah keranda di Ciudad de Juarez, Mexico kelmarin.
— Gambar AFP KEMPEN: Mayorga melancarka­n kempen pilihan raya dalam sebuah keranda di Ciudad de Juarez, Mexico kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia