Utusan Borneo (Sarawak)

1 dalam 3 bekas pesakit COVID-19 mengalami gangguan neurologi atau psikiatrik: Kajian

-

PARIS: Satu dalam tiga orang yang pernah dijangkiti COVID-19 mengalami gangguan neurologi atau psikiatrik dalam masa enam bulan, menurut satu kajian terbesar yang dilakukan mengenai kesan COVID-19 yang berpanjang­an pada mental bekas pesakit.

Menurut penyelidik, mereka membuktika­n bahawa pesakit COVID-19 lebih cenderung untuk mendapat kesan pada otak daripada pesakit yang mengalami penyakit pernafasan lain.

Dengan mengkaji rekod kesihatan lebih 230,000 pesakit yang sembuh dari COVID-19, mereka mendapati bahawa 34 peratus disahkan mengalami masalah neurologi atau psikiatrik.

Masalah yang paling biasa ialah kegusaran (17 peratus pesakit) dan angin tidak menentu (14 peratus).

Bagi 13 peratus pesakit, masalah itu merupakan diagnosis pertama mereka yang mengesahka­n masalah kesihatan mental.

Masalah neurologi seperti pendarahan otak (0.6 peratus), strok (2.1 peratus) dan demensia (0.7 peratus) lebih rendah daripada masalah psikiatrik namun risiko untuk kesan pada otak adalah lebih tinggi terhadap pesakit parah COVID-19.

Penulis itu juga telah mengkaji maklumat daripada 100,000 pesakit selesema dan lebih 236,000 pesakit yang didiagnosi­s dengan jangkitan saluran pernafasan.

Mereka mendapati bahawa 44 peratus risiko lebih tinggi untuk mengalami masalah neurologi dan mental selepas COVID-19 berbanding selesema, dan 16 peratus lebih berisiko daripada pesakit dengan jangkitan saluran pernafasan.

Paul Harrison, ketua penulis dari University of Oxford, menyatakan sungguhpun risiko setiap individu untuk mengalami masalah neurologi dan psikiatrik ekoran COVID-19 adalah rendah, namun kesannya di tahap global terbukti “cukup besar”.

“Kebanyakan masalah ini adalah kronik,” katanya.

“Sebagai akibat, sistem penjagaan kesihatan perlu disiap sedia untuk menangani keperluan yang telah dijangka ini.”

Tambahan lagi, pesakit yang dimasukkan ke hospital dengan kes parah COVID-19 lebih berisiko untuk mengalami kesan jangka masa panjang, menurut analisis itu.

Contohnya, 46 peratus pesakit yang memerlukan rawatan rapi disahkan mengalami masalah kesihatan mental dalam tempoh enam bulan pemulihan.

Data menunjukka­n 2.7 peratus memerlukan jagaan rapi telah mengalami pendarahan otak, jika dibandingk­an dengan 0.3 peratus pesakit di luar hospital.

Hampir tujuh peratus pesakit dalam Unit Jagaan Rapi (ICU) telah menghidap strok, berbanding 1.3 peratus pesakit di luar ICU.

Mengulas dalam satu artikel, Jonathan Rogers dari University College London menyatakan kajian yang lebih mendalam diperlukan ke atas kesan jangka masa panjang pada neurologi dan psikiatrik terhadap pesakit COVID-19.

“Malangnya, kebanyakan masalah kesihatan yang didapati dalam kajian ini selalunya kronik mahupun berulang, oleh itu kita boleh menjangka impak COVID19 akan bersama kita untuk bertahun-tahun lagi,” kata Rogers.

“Jelas daripada hasil pengajian ini bahawa impak COVID-19 pada kesihatan mental seseorang boleh menjadi teruk,” kata Lea Milligan, pengarah kumpulan kajian MQ Mental Health.

“Ini menambah kepada masalah mental yang kini semakin bertambah dan ia memerlukan kajian lebih mendalam dan segera.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia